Mempunyai kediaman yang selamat dan tenang merupakan idaman ramai. Namun, walaupun dari segi luaran sudah mempunyai ciri-ciri ketenangan tersebut, ramai yang terlupa bahawa ada makhluk lain yang boleh tinggal bersama kita seperti hantu raya.
Ramai yang sering berkongsikan masalah gangguan mistik yang sering terjadi di rumah sendiri. Buat anda yang sering tertanya-tanya mengapa kediaman selalu ada perkara pelik berlaku, ini merupakan tanda rumah ada gangguan hantu raya yang dikongsikan oleh pakar rawatan Islam.
Baca juga: Suka Tidur Berbogel & Tiap Malam Mimpi Lelaki Kacak? Jaga-Jaga Jin Boleh Jatuh Cinta!
TANDA RUMAH ADA GANGGUAN HANTU RAYA, SERAM!
1.Bunyi di tingkat atas (bagi yang bertingkat)
Jika anda tinggal di rumah bertingkat seperti pangsapuri dan kondominium, terdapat beberapa perkara yang boleh diperhatikan seperti ada bunyi-bunyian di tingkat atas rumah. Bunyi seperti orang tarik kerusi, tarik meja, tarik tong gas, memasak di rumah atas yang tiada penghuni sebenarnya tanda bahawa hantu raya ada di dalam rumah kita sendiri.
2.Bunyi dalam siling
Bagi anda yang tinggal di rumah atas tanah seperti teres dan banglo, kalau ada bunyi dalam siling seperti tikus berjalan atau tikus berlari, bunyi kucing atau kucing berkejar-kejar maknanya ada hantu raya dalam rumah!
3.Bunyi atas bumbung rumah
Bunyi seperti ada benda jatuh atau lompat di atas bumbung rumah, itu merupakan petanda jelas ada makhluk lain di rumah kita.
4.Bunyi orang tabur pasir
Mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah dengar bunyian sebegini. Difikirkan bunyi seperti hujan atau jiran tengah berkebun, rupanya bunyi seperti orang tabur pasir ini menjadi tanda rumah ada hantu raya!
5.Bau busuk
Setiap kali masuk ke dalam rumah, ada bau busuk yang menusuk ke hidung walaupun sudah diletakkan pewangi yang harum. Malah, ada waktu-waktu tertentu seperti maghrib dan tengah malam bau busuk ini akan hadir. Ustaz juga mengatakan ada situasi anda akan terbau seperti kambing bakar juga.
6.Ada orang tabur tanah depan rumah
Tanah yang sering ditaburkan di hadapan rumah yang ingin disihir atau diletakkan hantu raya ini adalah tanah kubur. Mungkin ada sesetengah orang yang telah melalui rawatan perubatan Islam namun perkara tersebut masih terjadi.
7.Bunyi orang berjalan sekeliling rumah dan ketuk pintu
Kalau anda rasa seperti ada orang berjalan mengelilingi rumah pada jam 2-3 pagi apabila anda tersedar dari tidur, itulah hantu raya. Bahkan, ada juga hantu raya yang suka mengetuk pintu rumah atau bilik pada waktu tengah malam.
8.Makanan di rumah selalu habis
Pelik juga kalau makanan yang baru sahaja dibeli akan habis dengan cepat? Ini adalah salah satu tanda ada makhluk lain yang sering memakannya.
*Seram juga kan? Balik rumah nak semak ada tak tanda-tanda yang disenaraikan..
Baca juga: Mimpi Sesuatu Berwarna Putih Dalam Islam Tanda Anda Ada Saka? Ini Maksudnya…
Sumber: Tiktok @perubatanislamdarussham