40 Minggu

Kena Tegur Dengan ‘Cik Ponti’ Bawa Pulang Uri Bayi Jam 3 Pagi, Peneman Bayi Ini Ada Sisi Seram!

6
SHARES
uri bayi

Kebanyakan ibu tentu tahu apa itu uri bayi atau nama saintifiknya, plasenta. Uri ini boleh dikatakan sebagai ’tilam’ atau ‘peneman’ bayi semasa hamil. Tapi mungkin tak ramai yang benar-benar menyedari akan keunikan dan kepentingannya sepanjang proses kehamilan.

Namun, kita tidak terlepas juga apabila dikaitkan dengan pelbagai kisah seram mengenai uri bayi ini. Katanya, uri juga menjadi ‘kegemaran’ kepada makhluk-makhluk halus kerana terdiri dari darah kotor selepas bersalin. Seram juga ya bila tahu..

Baca juga: Hanya Besar Sebutir Beras, Indahnya Proses Perkembangan Janin Semasa Trimester Pertama

URI BAYI  ‘KEGEMARAN’ MAKHLUK HALUS? WARGANET KONGSI PENGALAMAN SERAM!

Seperti video yang dikongsikan menerusi Tiktok ini apabila pemilik akaun menunjukkan situasi dia berada di hospital dan membawa pulang uri atau placenta jam 3 pagi. Seperti apa yang dilihat, kelakuannya seolah-olah berlawan dengan makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata. Hantu ke?

@kal8.y

Hey berdiri mak bulu romaku!

♬ Dhat – From KKN Di Desa Penari – Kinanti & Madukina

Tidak ketinggalan, ramai dalam kalangan warganet berkongsikan kisah seram berkaitan menguruskan uri bayi ini juga. Ramai yang mengatakan bahawa jika tidak diurus dengan baik, uri ini akan menjadi kegemaran dan rebutan ‘Cik Ponti’. Takut! Antara kisah yang diceritakan adalah :

1.Lynn : Pernah alami, husband i lupa nak bawak balik placenta. Dah malam tu si kak ponti ketok-ketuk dengan cakar-cakar luar tingkap bilik ward I…

2.Wani Zera : The night my husband bury the placenta aku mimpi 4 ekor ponti dekat setiap penjuru rumah tengah tinjau-tinjau ke dalam.

3.Deena Johan : Pernah tengok arwah ayah tanam uri adik kat laman rumah masa hmpir maghrib..uishh feeling seram woo…terasa diperhatikan sebab depan rumah hutan..

4.Mamanur : Salam Semua. just sharing about i’m in labour ward. Tengah contraction dan tv on dengar suara mengilai halus suara bila tengok dekat tingkp, langsir tak tutup rapat.

5.Patihei: Saya bersalin masa pkp. Husband tak boleh datang ambik uri. Semalaman uri duduk atas meja depan katil. Katil tepi tingkap. Saya mimpi tengah ada yang struggle cuba nak masuk capai uri atas meja. Jelas betul rupa dia dalam mimpi tu. Baju putih rambut panjang.

uri bayi

Banyak lagi kisah yang dikongsikan oleh orang ramai dan semuanya mempunyai pengalaman yang seram jika uri tidak diuruskan dengan baik. Jadi sediakan kelengkapan yang betul untuk mencuci dan tanam uri bayi anda dengan bahan-bahan ini:

-Uri.
-Garam kasar.
-Asam jawa.
-Kain putih.

*Uri orang Islam adalah suci oleh itu tidak boleh di bakar atau dijual. Setiap orang Islam yang melahirkan anak di hospital mesti membawa balik uri untuk dicuci dan tanam di tempat yang selamat. Amalan tanam uri bayi dengan jarum, paku, pensel dan sebagainya kerana niat selain daripada Allah adalah amalan khurafat. Kalau nak buat juga, memang patutlah dikejar Cik Ponti!

Sumber: Tiktok @kal.8, Mufti WP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×