“Betul ke orang cakap simpan tali pusat bayi ini boleh mengundang benda-benda mistik? Apa hukum simpan tali pusat bayi?”
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar kisah-kisah seram mengenai tradisi sesetengah masyarakat yang mengamalkan penyimpanan tali pusat bayi. Katanya ini merupakan amalan turun temurun untuk dibuat kenangan namun apakah hukumnya dalam Islam?
Baca juga: Baca Suraf Yusuf Amalan Popular Ketika Hamil, Rupanya Ada Kelebihan Selain Anak Cantik
HUKUM SIMPAN TALI PUSAT BAYI
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, “tali pusat” ialah bahagian usus yang menghubungkan bayi dengan urinya. Tali pusat boleh didapati pada bayi yang baru sahaja dilahirkan pada bahagian perutnya. Tali pusat inilah yang membekalkan nutrien berkhasiat yang diperlukan bayi semasa hamil yang disalurkan oleh ibunya.
Bukan itu sahaja, sudah menjadi kebiasaan dalam proses bersalin di hospital apabila tali pusat ini akan dipotong sejurus kelahiran. Namun, menjadi ada sebahagian tradisi masyarakat kita untuk menyimpan tali pusat bayi dengan pelbagai matlamat tertentu.
Menurut kepercayaan tradisi tertentu, tali pusat ini disimpan bertujuan untuk:
-Disimpan atas urusan perubatan iaitu bersama dengan uri di makmal ataupun disimpan secara kering.
-Ada juga kepercayaan menyimpan tali pusat ini kerana ingin ditanam bersama apabila meninggal dunia, atau ditanam bersama-sama dengan adik-beradik yang lain.
-Ada juga yang simpan tali pusat ini hanya sebagai kenangan.
Terdapat pelbagai pendapat mengenai isu menyimpan tali pusat bayi ini dan antaranya dari Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab menyebut:
“Mengebumikan mayat ialah fardu kifayah kerana jika meninggalkannya di atas permukaan bumi akan mencemarkan kehormatan mayat itu dan mendatangkan mudarat kepada manusia disebabkan bau busuknya. Pengebumian di kawan perkuburan adalah afdal kerana Nabi SAW mengebumikan para sahabat yang mati di Baqi`, dan kerana ramai orang yang menziarahinya akan mendoakannya.”
Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani dalam Matla` al-Badrayn pun ada mengatakan bahawa “Wajib dikerat tali pusat kanak-kanak setelah dilahirkan dengan berlalu sedikit masanya.”
3 KATEGORI HUKUM
Apa yang dapat disimpulkan adalah, tali pusat dianggap sebagai sebahagian daripada bahagian tubuh bayi yang baru lahir. Jadi, hukumnya adalah sunat menanam tali pusat itu sama seperti hukum kuku, rambut dan darah seperti darah bekam sebagai penghormatan kepada tubuh badan manusia.
Peringatan untuk semua bahawa:
1.Makruh hukumnya menyimpan tali pusat bayi jika tanpa tujuan atau sebagai kenangan.
2.Harus sekiranya bagi tujuan perubatan yang terbukti oleh pakar perubatan, seperti kaedah rawatan stem cell (sel induk) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit leukemia, thalassemia dan seumpamanya.
3.Haram jika disimpan atas tujuan kepercayaan dan khurafat yang tidak ada sandarannya di dalam Islam.
*Tak perlulah disimpan tali pusat ini ya, kita tak mahu ada kisah-kisah seram dalam rumah tu okay!
Baca juga: Dilabel Tidak ‘Macho’ Kalau Kencing Duduk, Ini Hukum Kencing Berdiri Buat Para Lelaki
Sumber: Mufti WP