Asuh

Tips Penjagaan Rapi Tali Pusat Bayi, Boleh Jangkitan Kuman Kalau Salah Cara!

12
SHARES
TALI PUSAT BAYI

Tali pusat adalah ‘talian hayat’ antara ibu dan bayi semasa mengandung hal ini kerana ia merupakan penghubung. Selepas dilahirkan, tali pusat bayi akan dipotong dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Ibu ayah perlu membuat penjagaan rapi kerana sekiranya dibiarkan ia boleh meningkatkan jangkitan kuman. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Ibu Ayah Jangan Takut, Guna Bunyi ‘Shh’ Tidurkan Anak Tak Undang Syaitan

CARA JAGA TALI PUSAT BAYI, JANGAN BIARKAN KENA JANGKITAN

TALI PUSAT BAYI

Kredit: The Bump

Jadi, antara langkah yang boleh dilakukan adalah:

1. Biarkan pengepit tali pusat kering tanpa menggunakan sebarang bahan topikal lain.

2. Sekiranya bayi memakai lampin, pastikan ia dipasang di bawah pengepit tali pusat supaya ia cepat kering.

3. Seterusnya, ketika mandi, pastikan balut bahagian tali pusat dan lap bahagian tersebut dengan menggunakan span atau kain bersih.

4. Jangan mandikan bayi di dalam tab mandi sehingga tali pusatnya belum tertanggal.

5. Ibu ayah juga boleh mengelap bahagian tali pusat dengan air bersih dengan menggunakan putik kapas.

6. Setelah itu, biarkan sehingga kering tanpa meletakkan bahan lain kerana boleh mendatangkan bahaya.

Selain itu, jangan terkejut sekiranya ada kesan darah pada tali pusat atau lampin bayi kerana itu merupakan perkara normal.

Ibu ayah dinasihatkan agar sentiasa menunggu tali pusat jatuh sendiri secara semula jadi. Menarik tali pusat boleh mengakibatkan pendarahan dan membahayakan keadaan bayi.

Sekiranya bayi demam dan tali pusat bengkak serta berbau busuk, segera bawa ke klinik untuk dapatkan rawatan lanjut. Jangan biarkan kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Anak Makin Menjauh Dan Tak Selesa Bila Perangai Ibu Bapa Terlalu Garang…

Sumber: Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×