Seorang bayi baru lahir yang masih bertali pusat ditemui di dalam sebuah besen berhampiran tong sampah di Titi Serong, Parit Buntar di sini, pada Rabu.
Baca juga: Ibu Usia 50 Selamat Lahir Anak Selepas 22 Tahun Penantian, Anugerah Tak Terucap!
BAYI BARU LAHIR BERTALI PUSAT
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, bayi malang yang dibalut dengan tuala itu ditemui oleh dua lelaki selepas terdengar suara bayi menangis ketika melalui kawasan itu kira-kira jam 4.50 petang.
“Orang awam terbabit mendapati ada suara bayi menangis dari sebuah besen yang ditinggalkan di tepi tong sampah ketika melalui kawasan itu.
“Apabila mendekatinya mereka mendapati ada bayi perempuan masih bertali pusat dibalut dengan tuala dan membawanya ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum membuat laporan di Balai Polis Tanjung Piandang,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Datuk Azizi berkata ketika ditemui, bayi malang itu dalam keadaan lemah dan pemeriksaan ke atas bayi seberat 2.1 kilogram itu mendapati terdapat kesan gigitan semut pada badannya.
Bayi berkenaan kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan siasatan sedang dijalankan termasuk meneliti rakam kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai berhampiran lokasi kejadian.
Baca juga: Ibu~ Buat 5 Gaya Tangan Ini Bila Dukung Anak, Baru Tak Sakit Pergelangan!
Sumber: Buletin TV3
FFT Image: freepik