Detik mencemaskan seorang wanita bersalin di atas sebuah motosikal menjadi perhatian ramai, selepas ibu itu melahirkan bayinya sebelum sempat memasuki bangunan hospital ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan.
Baca juga: Isteri Maut Selepas Bersalin, Suami Didakwa Hanya Tengok YouTube Sebagai Panduan!
WANITA BERSALIN ATAS MOTOSIKAL DENGAN BERTALI PUSAT

Tangkap layar dari rakaman video yang tular.
Menurut laporan media antarabangsa, wanita berusia 25 tahun itu mula mengalami sakit perut pada Isnin (3 Ogos) sebelum suaminya segera membawanya ke sebuah hospital di wilayah Thai Nguyen, Vietnam.
Difahamkan, wanita itu sedang hamil 32 minggu ketika kejadian berlaku.
Sementara itu, video yang tular di media sosial memaparkan wanita tersebut turun dari motosikal dengan tali pusat bayi masih bersambung.
Petugas hospital kemudian bertindak pantas membantu sebelum mengangkatnya dengan berhati-hati dan membawanya ke bilik bersalin untuk menerima rawatan lanjut.
Menurut VnExpress, bayi lelaki yang dilahirkan itu mempunyai berat kira-kira dua kilogram. Syukur! Kedua-dua ibu dan bayi dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Baca juga: Ramai Ibu Simpan Idea & Kecur Air Liur, 11 Foto Menu Berpantang Amira Othman Dipuji Sedap & Seimbang

Tangkap layar dari rakaman video yang tular.
Reaksi warga maya
Perkongsian video itu turut dibanjiri pelbagai reaksi daripada warga maya.
Seorang pengguna mengakui tidak dapat membayangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung wanita tersebut ketika proses kelahiran berlaku.
“Saya tidak dapat bayangkan betapa panik dan sakitnya ketika itu, lebih-lebih lagi berada di atas motosikal. Syukur pasukan perubatan bertindak pantas membantu sebaik sahaja tiba. Semoga ibu dan bayi cepat sembuh.”
Seorang lagi pengguna pula berseloroh mengenai lokasi kelahiran bayi tersebut.
“Pada mulanya saya ingat dia duduk dalam posisi yang pelik di atas motosikal, rupa-rupanya dia sedang bersalin. Nanti bila anak itu besar dan orang tanya dia lahir di mana, jawapannya mungkin, ‘Atas motosikal Yamaha di depan hospital.’ Semoga ibu dan bayinya sentiasa sihat.”
Seorang lagi warga maya turut meluahkan rasa kagum terhadap pengorbanan seorang wanita ketika melahirkan anak.
“Menjadi seorang wanita dan melahirkan anak memang sesuatu yang menakjubkan. Ada yang bersalin dengan mudah, ada yang melalui kesakitan yang amat perit, dan ada juga yang berlaku secara mengejut seperti ini.”
FT Image: VnExpress
