40 Minggu

Bahaya Uri Melekat Pada Rahim Lepas Bersalin, Beri Ancaman Nyawa Pada Ibu!

3
SHARES
masalah uri melekat

Kes uri melekat pada rahim selepas melahirkan anak merupakan masalah yang jarang berlaku. Namun, masalah uri melekat boleh meragut nyawa ibu selepas kelahiran akibat tumpah darah yang teruk, sekiranya ia benar-benar terjadi.

Melalui maklumat dari Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, masalah ini boleh terjadi dalam dua keadaan, sama ada keseluruhan uri tersebut atau hanya secebis sahaja yang melekat.

Baca juga: Ambil Tahu 4 Hal Ini Sebelum Bersenggama Lepas Keguguran, Jangan Terus Buat Je!

MASALAH URI MELEKAT PADA RAHIM

masalah uri melekat

Gambar: freestockcenter

Bersumberkan Hello Doktor, uri melekat pada rahim merupakan salah satu penyebab utama tumpah darah selepas bersalin. Hal ini kerana, rahim tidak mengecut dan kemudiannya menyebabkan tumpah darah.

Kebiasaannya, uri atau plasenta akan keluar daripada rahim secara semula jadi setelah bayi dilahirkan. Jadi, masalah uri melekat berlaku apabila plasenta ini tidak keluar dengan sendirinya selepas ibu bersalin.

Ia adalah satu masalah yang jarang sekali berlaku tetapi amat berbahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah selepas bersalin.

Baca juga: Tak Payah Slim Slim, Ibu Hamil Terlalu Kurus Undang Risiko Gugur!

Tanda mempunyai masalah uri melekat pada rahim

Tanda paling jelas jika ibu mempunyai masalah uri melekat adalah apabila kesemua bahagian atau cebisan uri masih melekat pada rahim walaupun setelah tempoh 1 jam selepas bersalin.

Apabila uri masih melekat pada rahim, kemungkinan akan berlaku beberapa simptom selepas hari kelahiran.

  • Demam
  • Keluar cecair dengan bau busuk berserta cebisan besar tisu badan
  • Tumpah darah yang berlaku secara berterusan
  • Sakit teruk yang juga berlaku secara berterusan

Golongan yang berisiko

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang ibu mempunyai risiko tinggi untuk mempunyai masalah uri melekat:

  • Ibu hamil yang berusia lebih daripada 30 tahun
  • Bersalin sebelum minggu ke-34 kehamilan atau melahirkan anak pramatang
  • Mengalami tahap 1 dan 2 bersalin yang lebih lama
  • Melahirkan janin yang telah mati

Baca juga: Resepi Lauk Pantang Bawang & Ikan Bilis Rangup Yang Enak, Sampai Sekeluarga Ketagih!

Jenis-jenis masalah uri melekat pada rahim

1. Placenta adherents

Keadaan uri tidak terpisah daripada rahim secara spontan dalam tempoh 30 minit selepas bayi dilahirkan dan jenis masalah uri melekat yang paling biasa berlaku dalam kebanyakan kes.

2. Trapped placenta

Ia berlaku apabila uri terpisah daripada rahim tetapi tidak keluar daripada rahim secara spontan.

3. Placenta accreta

Ia adalah keadaan uri melekat dengan lebih kuat ke dalam dinding rahim dan tidak boleh dipisahkan secara spontan. Ini adalah jenis paling membahayakan untuk ibu telah bersalin kerana boleh menyebabkan tumpah darah yang banyak.

Kesimpulan

Uri melekat pada rahim, bukanlah masalah yang ringan. Biarpun ia sangat jarang terjadi, namun apabila ia benar-benar berlaku akan menyebabkan nyawa ibu terancam berikutan tumpah darah yang teruk.

Segera menjalani pemeriksaan lanjut, sekiranya anda mempunyai simptom uri melekat seperti dinyatakan di atas.

Baca juga: #ProjekMimpi: 5 Cara Nak Cepat Dapat Anak, Sampai Tempoh Subur Terus Ajak Isteri Buat!

Sumber: Hello Doktor

FT Image: DCStudio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×