40 Minggu

Jus Kunyit Resepi Turun-Temurun, Rahsia Penjagaan Dalaman Wanita Zaman Dulu!

25
SHARES
remedi kunyit hidup

Amalan penjagaan dalaman wanita menggunakan kunyit telah banyak digunakan secara tradisi oleh nenek moyang terdahulu. Keberkesanannya juga tidak dapat disangkal lagi. Seperti resepi remedi kunyit hidup yang dikongsikan Puan Mai Vo Dyakonov ini, bukan sahaja boleh dimanfaatkan sewaktu berpantang malah untuk rawatan diri yang lain juga.

Kalau nak tahu rahsia penjagaan kesihatan dan kecantikan diri dalaman wanita zaman dulu, mari ikuti resipi remedi kunyit hidup di bawah.

Baca juga: Air Nabeez Minuman Kegemaran Rasulullah Kaya Khasiatnya & Ada Resepi Juga!

REMEDI KUNYIT HIDUP

remedi kunyit hidup

Gambar: Botol Redbull kosong saya isi air kunyit. Tak bagi tahu suami biar dia terminum dan terkencing hahaha. Letak dalam peti sejuk nak minum panaskan dalam microwave sekali minum je – Mai Vo Dyakonov

Remedi turun-temurun keluarga saya untuk sihat dan cantik. Dalam rumah memang sentiasa ada kunyit.

Luka saja letak kunyit, kesan parut letak kunyit, jerawat letak kunyit. Lepas bersalin minum jus kunyit. Resipi senang saja budak kecil pun boleh buat.

Baca juga: Petua Orang Lama Makan Sambal Halia Je, Pulih Lenguh & Angin Badan Serta Ibu Bentan!

Bahan dan cara penyediaan:

  • Kunyit hidup 400gm atau kurang
  • Air masak
  • Kain penapis (kain cotton atau lain yang bersesuaian)
  • Penapis & bekas
  • Botol penyimpanan
remedi kunyit hidup

Gambar: Mai Vo Dyakonov

  1. Cuci bersih kunyit hidup bersama kulitnya dan rendam semalaman, esok hari cuci lagi sekali.
  2. Kemudian, kisarkan kunyit hidup bersama kulit dengan air masak.
  3. Setelah itu, masukkan bahan kisar tadi ke dalam kain penapis dan balutkan ia.
  4. Perahkan kain berisi kunyit itu di atas penapis yang dialas bekas sehingga air kunyitnya keluar.
  5. Selepas itu, boleh terus minum.
  6. Air kunyit lebihan boleh simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk, bila nak minum panaskan dalam microwave untuk sekali minum.

Air kunyit lagi pekat lagi bagus. Dalam pantang minum sehari 2 kali. Kalau bukan dalam pantang, sehari sekali dan minum sekali sekala. AWAS JANGAN MINUM SELALU JIKA BUKAN DALAM PANTANG!

Baca juga: Bahaya Minum Kopi Joss, Air Campuran Bara Arang Risiko Dapat Kanser!

remedi kunyit hidup

Gambar: Mai Vo Dyakonov

Jangan risau tak akan buat kita cepat menopaus sebab bukan minum sekali 1 kilo kunyit. Satu kilo kunyit minum dekat sebulan kot hahaha. Menopaus ikut keturunan dan juga pemakanan harian kita jangan salahkan kunyit.

Betulkan kalau saya salah, sebab mak saya dah tua pun period elok saja. Mak saya dalam pantang lagi ganas minum dalam 4 5 kilo kot.

Baca juga: Resepi 7 Air ‘Ajaib’ Buang Toksin Dalam Tubuh, Guna Bahan Natural Je Kesan Luar Biasa!

Sumber: Mai Vo Dyakonov via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Mai Vo Dyakonov

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×