Dapur

Resepi 7 Air ‘Ajaib’ Buang Toksin Dalam Tubuh, Guna Bahan Natural Je Kesan Luar Biasa!

4
SHARES
resepi air detox

Toksin dapat diibaratkan sebagai racun dalam tubuh yang memberikan kesan negatif kepada kesihatan seperti sentiasa keletihan, nafas berbau dan sebagainya. Ia boleh disingkirkan dengan beberapa jenis resepi air detox yang menggunakan bahan semula jadi, seperti dikongsikan Puan Maria Firdz di bawah.

Baca juga: Petua Orang Lama Makan Sambal Halia Je, Pulih Lenguh & Angin Badan Serta Ibu Bentan!

RESEPI AIR DETOX BUANG TOKSIN DALAM TUBUH

Menurutnya, cara paling mudah untuk buang toksin badan ialah dengan meminum air. Di mana, minimum 6 hingga 8 gelas air sehari mampu memberikan hidrasi yang cukup untuk badan dan juga menjadikan organ dalaman anda lebih sihat.

Namun begitu, kadang-kadang air kosong semata-mata tidak mencukupi. Jadi, anda boleh tambah sedikit nutrien ekstra pada air minuman kosong itu dan tingkatkan kebaikannya!

Resipi air detox ini juga sesuai untuk mereka yang tidak menyukai air kosong. Selamat mencuba!

Baca juga: 11 Manfaat Pisang Merah Yang Luar Biasa, Termasuk Rawat Rambut & Cegah Anemia!

1. Air madu

Kebaikan air madu yang diambil setiap pagi:

Cara membuat:

  1. Isi air panas dalam mug.
  2. Masukkan 1 – 2 sudu besar madu.
  3. Kacau sehingga sebati.

2. Air lemon

Kebaikan air lemon:

  • Lemon mengandungi vitamin C, walaupun tidak tinggi tetapi cukup untuk tubuh.
  • Ia mengandungi potassium
  • Tubuh mudah menyerap vitamin apabila diambil sebelum sarapan
  • Mampu meningkatkan sistem imunisasi

Cara membuatnya campurkan semua bahan di bawah dan minum:

  • 1/2 cawan jus lemon
  • 2 sudu besar air panas
  • Air sejuk (secukupnya)

3. Air pudina

Kebaikan air daun pudina:

  • Appetizer yang baik atau pembersih palate
  • Membaiki sistem penghadaman
  • Mampu mengurangkan sakit perut yang berpunca dari ketidakhadaman atau radang perut
  • Memberikan kelegaan kepada perut yang sakit.

Cara membuat:

  1. Isi air ke dalam jug.
  2. Campurkan hirisan lemon dan daun pudina dalam satu mangkuk, isi air dan kacau.
  3. Masukkan campuran ini ke dalam jag air dan sejukkan dalam peti sejuk.
  4. Kacau sekali sehari selama 2 – 3 hari sehingga air itu sebati dan bergabung dengan baik.

Baca juga: 4 Jenis Buah Perlu Elak Sebelum Tidur, Patutlah Berat Badan Naik Macam Kena Pam!

4. Air beras

resepi air detox

Gambar: freepik

Kebaikan air beras:

  • Pembilas rambut yang baik.
  • Boleh menjadi syampu natural dengan campuran sabun castile
  • Sesuai digunakan sebagai toner
  • Rambut lebih bersinar
  • Kulit wajah menjai halus dan bebas-cela
  • Baik untuk kesihatan apabila diminum

Cara membuat:

  1. Rendam beras dalam air selama tiga jam.
  2. Selepas tiga jam, didihkan campuran ini kemudian perlahankan api.
  3. Biarkan ia selama 30 minit sebelum tutup api.
  4. Pastikan ia sejuk dahulu sebelum anda pureekan campuran ini.
  5. Tapis menggunakan kain atau penapis halus.

5. Air ros (kegunaan luaran sahaja)

resepi air detox

Gambar: jcomp

Kebaikan air ros:

  • Bantu maintain keseimbangan pH kulit dan juga mengawal minyak berlebihan
  • Memiliki properti anti-radang yang membantu mengurangkan kemerahan kulit, menghilangkan jerawat, dermatitis dan juga eczema.
  • Boleh digunakan pada rambut untuk rambut lebih lembut dan bersinar.

Cara membuat:

  1. Pilih ros yang segar dan wangi.
  2. Mula dengan mencuci mereka dan cabut kesemua kelopak.
  3. Masukkan kelopak ros ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya.
  4. Tutup periuk dan hangatkan (jangan samapi mendidih!).
  5. Tapis dan simpan air dalam balang kaca.

Baca juga: Ada Darah Tinggi & Migrain? Minum Air Rebusan Daun Sup, Mujarab Tau!

6. Air timun

Kebaikan air timun:

  • Bagus untuk otot (timun mengandungi silica yang mana ia merupakan mineral yang diperlukan untuk menjamin kesihatan tisu penghubung ini).
  • Boleh memastikan kulit anda bersih dan gebu.

Cara membuat:

  1. Buang kulit timun tetapi jangan buangkan semua, tinggalkan sedikit.
  2. Buang kedua-dua hujung kemudian potong setengah mengikut panjangnya.
  3. Potong kecil (1/2 inci).
  4. Campurkan air dan timun tersebut dalam jug besar dan biarkan selama 1 jam.
  5. Lebih sedap jika dihidangkan bersama ais.

7. Air halia

Kebaikan air halia:

  • Air rawatan untuk senggugut, kembung perut, angin, mual-mual dan muntah-muntah yang selalunya dikaitkan dengan sakit lain.
  • Bantu mengurangkan keradangan, bengkak sendi dan juga kesakitan yang dikaitkan dengan penyakit osteoarthritis dan rheumatism.

Cara membuat:

  1. Satukan air dan halia dalam periuk saiz sederhana di atas api tinggi, biarkan sehingga mendidih.
  2. Kemudian perlahankan api dan biar ia mereneh selama 15 minit.
  3. Tapiskan setelah selesai.

Baca juga: Tips Masak Nasi Goreng Versi Sihat, Perut Kenyang & Kesihatan Tubuh Pun Terjaga!

Sumber: Maria Firdz

FT Image: freepik / stockking

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×