Air detox telah menjadi semakin popular dalam kalangan orang yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Katanya, air detox dapat memberi pelbagai manfaat kesihatan tetapi apakah sebenarnya air detox?
Pada asasnya, air detox ialah air yang telah ditambah dengan buah-buahan, sayur-sayuran, herba atau rempah ratus. Ia selalunya direndam selama beberapa jam atau semalaman untuk membolehkan rasa dan nutrien meresap ke dalam air. Namun, rupanya ada cari lain untuk buat air ini.
Baca juga: Ini Senarai Ubat Selesema Mengantuk & Tak Mengantuk Yang Sangat Berkesan, Ambil Ikut Kesesuaian!
AIR DETOX UNTUK DARAH DAN USUS, BADAN TAK LETIH!
Buat air remedi detoks darah dan usus. Bagus untuk ikhtiar turunkan kolesterol dan pulihkan sistem badan sempena nak latih diri di bulan puasa nanti.
Ini adalah bahan-bahan untuk buat 2 liter air detoks terus:
-1/2 biji ubi beetroot
-2 biji epal fuji sekali kulit*
-2 biji carrot*
-2 biji oren
-2 batang saderi*
Cara-cara:
1.Pastikan bahan bertanda* rendam dengan air garam. Cuci bersih dan toskan.
2.Ubi tu buang kulit.
3.Oren buang kulit.
4.Kisarkan halus dengan air secukupnya.
5.Guna air tapis, jadikan 2 liter. Simpan dalam peti ais.
6.Kalau nak minum, telan sekali serdak buah dan tak perlu tapis. Kalau rajin serdak tu buat biskut crackers.
7.Minum pagi dan sebelum tidur.
*Namun diingatkan bahawa air detox bukan pengganti air kosong. Anda masih perlu minum air kosong yang mencukupi setiap hari tau!
Baca juga: Didakwa Ada Sisa Kimia, Ini CARA TERBAIK Untuk Bersihkan Buah Anggur Shine Muscat Guna 1 Bahan
Sumber: Nurul Bazliah Masri