Terbaharu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyiasat dan membuat pemeriksaan anggur Shine Muscat yang dikatakan mengandungi sisa kimia berbahaya. Dakwaan agensi Thailand itu tular dan mengejutkan orang ramai kerana sebelum ini tiada sebarang masalah.
Merisaukan kerana peminat kepada buah ini begitu ramai kerana rasanya yang sangat enak, rangup dan manis serta berbau harum wangi.
Baca juga: Ajar Anak Remaja Buat 9 Jenis Sandwich Ini, Boleh Jana ‘Side Income’ RM10k Sebulan!
DIDAKWA BERACUN, INI CARA TERBAIK BASUH BUAH ANGGUR SHINE MUSCAT SUPAYA SELAMAT
Anggur Muscat adalah anggur varieti Eropah yang berukuran besar, berbiji emas kehijauan, dengan rasa manis dan aroma yang lembut. Selain terus dimakan, anggur Muscat biasanya diolah untuk menghasilkan wain atau dijadikan kismis. Anggur ini yang juga dikenal dengan nama Muscatel, Moscato, dan Moskatel ini berasal dari Itali dan spesiesnya mencakup lebih dari 200 varieti.
Buah anggur ini bersaiz sederhana hingga ke besar, buahnya pula berbentuk bujur hingga ke oblong. Buahnya mempunyai kulit yang licin, berkilat dan berwarna dari hijau cerah (agak kekuningan) hingga warna kemerahan dan kental pada sentuhan. Isi buahnya pula jernih dan tidak berbiji, walaupun ada beberapa buah anggur mungkin mengandungi biji kecil yang tidak dapat dikesan apabila dimakan.
Menurut Public Health, buah-buahan sebegini mengandungi banyak sisa racun perosak dan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan. Salah satu kesan awal yang mungkin dirasai adalah rasa sakit atau iritasi pada tekak selepas memakannya.
Jadi, ada cara mudah untuk menikmati buah-buahan dengan lebih selamat iaitu menggunakan baking soda! Anda perlu:
1. Campurkan larutan baking soda: Ambil 1 sudu besar baking soda dan campurkan dengan semangkuk air (sekitar 1 liter).
2. Rendam buah-buahan selama 10–15 minit: Rendam buah-buahan seperti anggur, epal, atau sayuran. Baking soda akan bekerja untuk memecahkan sisa racun perosak.
3. Bilas bersih: Selepas rendaman, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kesan baking soda. Kini, buah anda lebih bersih dan selamat dimakan!
Baking soda berfungsi dengan memecahkan molekul racun perosak. Ini lebih efektif berbanding air garam, yang hanya membersihkan permukaan tanpa tindak balas kimia. Nikmati buah-buahan dengan lebih yakin, dan jadikan langkah ini sebahagian daripada rutin anda.
*Sedikit usaha, hasilnya…kesihatan yang lebih terjamin!
Baca juga: Cara Simpan Bunga Kantan Boleh Tahan Sampai 6 Bulan, Bila Masak Aroma Harum Tetap Sama!
Sumber: Berita Harian, Public Health