Dapur

Ajar Anak Remaja Buat 9 Jenis Sandwich Ini, Boleh Jana ‘Side Income’ RM10k Sebulan!

39
SHARES
resepi roti sandwich

Oleh kerana kos pengajian dan kehidupan seharian semakin tinggi, ramai dalam kalangan kita khususnya para pelajar universiti akan membuat kerja tambahan. Di samping belajar menjadi keutamaan, mereka boleh berniaga dan jana pendapatan dengan hanya tahu 9 resepi roti sandwich ini.

Oleh itu, buat mak ayah yang ingin membuat persiapan untuk anak-anak di masa hadapan, boleh ajar mereka resepi sandwich bermula dari sekarang supaya anak boleh berdikari kelak. Nampak sedap semuanya!

Baca juga: 7 Haiwan Eksotik Yang Halal Untuk Dimakan, Terkejut No.5 Boleh Makan Sebenarnya!

AJAR ANAK 9 RESEPI ROTI SANDWICH INI, BOLEH JANA WANG MASA HADAPAN!

1.Sandwich Sardin

resepi roti sandwich

Bahan-bahan:

1 tin kecil sardin (sebarang jenama)
Sedikit cili kisar / cili boh
Bawang merah (jumlah ikut selera nak banyak mana) – hiris @ cincang
Bawang putih (jumlah ikut selera nak banyak mana) – hiris @ cincang
1 sudu teh serbuk pati ayam
Gula & garam secukup rasa
Lada hitam secukupnya
Sedikit kicap
1 keping keju cheddar
1 biji telur
Mayones secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

1. Tumis cili kisar / cili boh bersama dengan bawang merah dan bawang putih.
2. Bila sudah garing, masukkan sardin bersama sosnya sekali. Kacau dan biarkan sedikit hancur.
3. Masukkan serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap. Sebatikan.
4. Seterusnya masukkan keju cheddar yang telah dicarik. Gaul rata.
5. Kemudian masukkan telur. Ia bertujuan supaya bila makan sandwich, akan rasa kenyang. Kacau telur jangan sampai hancur.
6. Inti sardin siap dimasak. Biarkan sejuk seketika. Pastikan inti tidak terlalu berminyak kerana ia akan membuatkan sandwich jadi tidak nampak sempurna.
7. Masukkan inti sardin ke dalam mangkuk. Campurkan mayones dengan secukupnya untuk rasa sedikit berlemak.
8. Ambil roti dan sapukan inti sardin tadi mengikut cara masing-masing.
9. Sandwic inti sardin sedap sedia untuk dinikmati.

2.Sandwich Tuna Mayo

resepi roti sandwich

Bahan-bahan untuk inti tuna:

2 tin tuna (150g setiap satu)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 biji bawang merah besar
1 biji cili merah
Sedikit daun parsli (pilihan)
1 biji tomato
2-3 sudu besar mayonis
1-2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar extra virgin olive oil
1 batang timun jepun
Sedikit garam
Daun salad
Bahan-bahan untuk lain-lain:
Anggaran 12-14 kepingan roti
Majerin atau mentega
Kepingan cheese cheddar

Cara-cara untuk inti tuna:

1.Potong dadu bawang merah besar.
2.Cili merah buang tangkai dan biji kemudian potong dadu. Boleh guna cili padi untuk lebih pedas tapi sebab tak nak pedas jadi guna cili merah je.
3.Timun potong dadu jugak. Guna timun jepun sebab tak mudah berair, kalau guna timun biasa potong buang bahagian biji atau bahagian tengah untuk kurang berair.
4.Untuk tomato korek buang biji dan potong dadu.
5.Cincang daun parsli (pilihan).
6.Perah ambil jus lemon untuk dimasukkan dalam tuna (boleh ganti dengan limau nipis kalau suka).
7.Untuk tuna tapis keluar air dan ambik inti tuna saja. Pindah inti tuna ke dalam mangkuk.
8.Hancurkan inti tuna kemudian masukkan serbuk lada hitam, bawang merah, cili merah, sedikit daun parsli, tomato, mayonis dan jus lemon. Boleh adjust mayonis dan jus lemon mengikut selera.
9.Gaul sebati kesemua bahan.
10.Masukkan sedikit minyak zaitun extra virgin (pilihan), timun, sedikit garam dan gaul sebati.
11.Bila dah siap boleh simpan inti tuna dalam peti sejuk.

Cara-cara untuk susun sandwich:

1.Trim / potong nipis tepi roti atau bahagian kerak. Dah siap, boleh simpan dalam bekas tertutup, supaya roti tak kering.
2.Sapu nipis roti dengan majerin atau mentega.
3.Untuk salad, rendan dalam air sejuk kemudian keringkan (seloknya guna salad spinner).
4.Susun inti atas roti, cheese cheddar, salad dan tutup dengan sekeping roti.
5.Potong roti kepada empat bahagian dan sedia untuk dihidang.

3.Sandwich Telur

Bahan-bahan:

4 biji telur, direbus
8 keping roti sandwich
Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
1 sudu besar mentega atau margerin, untuk inti telur
2-3 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil garam
Daun salad
Tomato

Cara Penyediaan:

1.Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.
2.Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur. Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur.
3.Masukkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam. Kacau sebati.
4.Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata di antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.

4.Sandwich Chicken Slice

Bahan-bahan:

4 keping Roti Wholemeal
Roti Wholemeal
Mayonis
Mustard
Olives – potong 2
Salad
Chicken slices
Tomato – potong nipis
Cheddar cheese

Cara Memasak:

1.Sapu roti dengan mayonis dan mustard.
2.Letak olives & salad.
3.Letak chicken slice & tomato.
4.Letak cheese.
5.Letak lg olives & salad.
6.Tutup dgn sekeping lg roti yg disapu dgn Mayo dan Mustard.

5.Sandwich Beef Bolognaise

Bahan-bahan:

8 keping roti sandwich
4 batang sosej/daging
1 mangkuk kecil lebihan sos bolognese
4 keping keju cheddar (slice)
2 biji telur
Secubit garam

Cara-cara:

1.Hiris sosej dan sediakan bahan-bahan
2.Goreng sedikit sosej yang telah dihiris sehingga sedikit keperangan
3.Sapukan lebihan sos bolognese pada roti
4.Susun sosej diatas sos tadi
5.Letakkan kepingan keju dan tutup dengan sekeping lagi roti
6.Celupkan roti ke dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam dan goreng menggunakan periuk non-stick. Boleh tambah sedikit sahaja minyak supaya dapat hasil yang garing. Siap untuk dimakan.

6.Sandwich Beef Black Pepper

Bahan inti daging :-

250g daging batang pinang (potong nipis)
1 labu bwg besar (hiris nipis)
1 ulas bwg puith (hiris nipis)
2 sdb Sos black pepper
1 sdt serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

1.Panaskan minyak
2.Tumis bawang, masukkan daging…sos & serbuk lada hitam
3.Kacau sehingga daging kecut…±10 minit (daging dah empuk)…kacau sehingga air kering…ketepikan

Bahan roti john :-4 ketul roti john (mini)
3 biji telur
1 labu bawang
1 tgkai daun bawang
garam secukup rasa

7.Sandwich Chicken Mushroom

Bahan-bahan:

Bawang putih
Bawang holland
Daging burger
Sosej
Cendawan butang
Carrot
Sos carbonara
Mushroom sup
Black pepper
Butter

Cara-cara:

1. Panaskan 2 sudu butter, kemudian tumiskan bawang holland dan bawang putih di potong dadu dan juga black pepper.
2. Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan daging burger yang telah di hancurkan. Boleh juga guna daging ayam kisar.
3. Kemudian masukkan Sosej yang telah dipotong kecil. Kacau semua bahan-bahan sehingga sebati.
4. Biarkan bahan tadi masak seketika, kemudian masukkan cendawan butang di potong kecil
5. Masukkan Sos prego guna setengah je. Kemudian gaul semua bahan-bahan.
6. Last sekali masukkan 1 pack mushroom soup. Terpulang sama ada nak tambah air atau tak. Kalau tambah air, tambah sikit je takut nanti cair sangat. Bila buat sandwich nanti roti cepat serap air. Garam pun tak perlu letak sebab sos prego dan mushroom sup pun dah cukup rasa kan.
7.Letak lobal yang disagat dan siap!

8.Sandwich Wanpaku

4 Keping Roti Sandwich
1 keping Beef Burger Ramly
1 biji Telur Rebus-belah 2
Kubis Ungu-hiris halus
lobak merah-hiris halus
3 helai daun Salad
1 biji Tomato-belah 4
Sos cili
Mayonise
sos Thousand Ireland

1.Sediakan semua bahan diatas.Letak roti sandwich susun bahan2 diatas berselang seli mengikut citarasa.Buat sehingga selesai 4 keping roti sandwich.
2.**Boleh letak sosej,crab stick dan lain2 juga jika taknak beef burger.
3.Selang seli bahan sos dan bahan sayuran segar. Ia terpulang pada citarasa masing-masing.
4.Ummi letakkan telur rebus dan salad banyak2.
5.Dah habis lapisan keempat bungkus kemas wanpaku dan potong dua.

9.Wrap Chicken Slice

Bahan-bahan, Bahan untuk wrap:

6 keping roti tortila
Mayonis

Bahan untuk ayam panggang:

2 keping ayam bahagian dada
1 sudu kecil serbuk lada hitam, kisar kasar
1 biji bawang putih, parut halus menjadi pes
1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar minyak zaitun

Bahan untuk salad:

Kubis ungu, hiris sederhana nipis
Daun salad, hiris sederhana kecil
Ceri tomato, dibelah dua
Karot, diparut kasar
1/2 batang timun (saya gunalan timun jepun)

Bahan untuk kuah salad:

3 sudu besar minyak zaitun
3 besar madu
3 sudu besar perahan jus lemon
Secubit garam
Sedikit serbuk kasar lada hitam

Cara-cara untuk ayam panggang:

1.Belah dua dada ayam dan buka lebar, tapi pastikan tidak terputus dua.
2.Perap ayam bersama lada hitam, bawang putih, garam dan minyak zaitun selama minimum 1/2 jam.
3.Panggang dengan sedikit minyak di atas kuali non-stick pada kedua belah bahagian ayam sehingga masak.
4.Angkat dan rehatkan selama 10 minit kemudian hiris nipis.

Cara-cara untuk salad:

1.Gaulkan semua daun salad bersama sayuran lain dan ketepikan.
2.Dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan selama beberapa minit sehingga betul-betul sebati. Gaulkan kuah salad bersama bahan salad. Tuang sedikit dahulu, jika kering tambahkan sedikit demi sedikit.

Cara untuk balutan salad ( tortila wrap):

1.Panaskan roti tortila di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah bahagian.
2.Sudukan salad ke atas tortila dan susun memanjang. Letakkan ayam dan mayonis, kemudian balut atau guling dengan kemas. Sedia untuk dihidang.

*SELAMAT MENCUBA!

Baca juga: Cara Buat Agar-Agar Kering Macam Nenek Ajar, Bangkitkan Nostalgia Zaman Dulu!

Sumber: Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×