Tidak terlintas di fikiran kebiasaan manusia untuk menjadikan haiwan eksotik sebagai santapan harian. Apabila dibayangkan sebagai makanan, ia boleh menimbulkan rasa geli dan loya. Namun, hidangan berasaskan haiwan-haiwan tersebut bukanlah sesuatu yang asing bagi sesetengah masyarakat, bahkan ia menjadi kegemaran dalam sesetengah budaya.
Bagi umat Islam, mementingkan ciri makanan halal adalah perkara wajib walaupun ingin mencuba perkara baharu. Jika anda ingin mencuba makanan eksotik ini juga, berikut merupakan beberapa jenis haiwan halal yang boleh dimakan!
Baca juga: Cara Buat Agar-Agar Kering Macam Nenek Ajar, Bangkitkan Nostalgia Zaman Dulu!
HAIWAN EKSOTIK YANG HALAL UNTUK DIMAKAN
1.Landak Laut
Landak laut kebanyakannya memakan timbuh-tumbuhan yang terdapat di batuan atau di dasar laut. Mulut landak laut terletak di bahagian bawah badannya.Landak laut halal dimakan seperti dinyatakan dalam hadis:
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut”- Surah al-Ma’idah: 96)
Abu Hurairah RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”- Riwayat Abu Daud (83); al-Tarmizi (69) dan al-Nasa’i (59)
2.Belalang
Seringkali kita lihat belalang dijadikan sebagai menu snek di Thailand. Lantas, tertanya-tanya adakah haiwan serangga ini boleh dimakan? Pada asasnya, belalang adalah halal untuk dimakan kerana terdapat nas yang menyebut mengenai kehalalannya. Hukum makan belalang adalah harus. Ia disebut dalam banyak hadith antaranya riwayat Abu Ya’fur RA berkata:
“Aku bertanya’Abdullah bin Abi Aufa tentang membunuh belalang, dia menjawab ‘aku perna pergi berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak enam kali, dan kami memakan belalang.’- Dalam riwayat Muslim, disebut sebanyak 7 peperangan)
3.Kuda
Kuda telah menjadi salah satu haiwan yang paling berguna selama beribu-ribu tahun dan seringkali dilibatkan dalam pelbagai acara termasuk perang. Imam al-Nawawi ada menyatakan bahawa dagingnya adalah halal dan tidak makruh memakannya.
Ada hadis yang diriwayatkan daripada Asma’ binti Abu Bakar bahawa “Kami telah menyembelih kuda pada zaman Rasulullah SAW dan kami memakannya”- Riwayat al-Bukhari (5512) dan Muslim (1942).
4.Daging keldai
Pengkaji membahagikan keldai kepada dua kategori iaitu keldai peliharaan atau domestik atau keldai liar. Namun begitu, keldai liar, dagingnya harus dimakan. Ianya telah disebutkan oleh al-Khatib al-Syirbini dalam kitabnya:
“Jenis yang liar daripadanya (haiwan tersebut) halal (Dimakan) manakala yang dipelihara haram dimakan seperti keldai (Rujuk Mughni al-Muhtaj)
5.Biawak Dhab
Dhab merupakan sejenis biawak yang hidup di padnag pasir. Terdapat banyak perbezaan antara Dhab dan biawak seperti, biawak memiliki leher yang panjang, ekor dan kuku yang kuat. Manakal dhab, berekor besar dan bersisik tebal. Tetapi jumhur ulama’ menyatakan hukumnya adalah harus dan ini adalah pandangan daripada Imam al-Nawawi di dalam kitabnya:
“Dan umat Islam telah ijma’ bahawa memakan dhab adalah halal bukannya makruh sepertimana yang disebut oleh ulama bermazhab Abu Hanifah bahawa ia adalah makruh.”- (al-Minhaj Syarah Sahih Muslim)
6.Arnab
Walaupun comel tapi arnab merupakan haiwan yang boleh dimakan. Hukum memakannya adalah halal di sisi jumhur. Ini berdasarkan hadis Anas RA yang berkata:
“Kami terserempak dengan arnab lalu mengejarnya. Dan aku dapay menangkapnya serta membawa kepada Abu Talhah. Beliau sembelih dan memberi sebahagiannya kaki atau pehanya kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah menerimanya”- Riwayat al-Bukhari
7.Belangkas
Belangkas atau ketam tapak kuda merupakan haiwan ivertebrata yang hidup di kawasan pantai. Terdapat 4 jenis spesies yang wujud di seluruh dunia.
Berdasarkan hadis Syeikh Abdullah bin Bassam menyatakan bahawa semua bangkai haiwan yang hidup di lautan adalah HALAL. Kenyataan ini dikuatkan dengan firman Allah SWT:
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanannya.”- Surah al-Maida:96
*Jadi, anda pernah cuba makanan eksotik yang mana?
Baca juga: Kantin Sekolah Ini Sediakan Makanan Versi Sihat, Dipuji Ramai Dan Harus Jadi Contoh!
Sumber: Anyflip.com