Dapur

Makan Sup Zakar Lembu (Torpedo) Rahsia Tingkatkan ‘Power’ Lelaki? Doktor Jelaskan..

2
SHARES
sup torpedo

Baru sahaja kita selesai menyambut Hari Raya Aidiladha dan sudah semestinya peti sejuk di dalam rumah penuh dengan lebihan daging korban. Namun, ada juga yang lebih berminat dengan organ-organ dalaman haiwan korban seperti zakar lembu yang boleh dijadikan menu ‘Sup Torpedo’.

Menurut sesetengah pendapat, sup zakar lembu ini boleh meningkatkan ‘power’ dalaman lelaki. Betul atau tidak? Jadi, jom kita baca penjelasan dari pakar.

Baca juga: Cara Betul Penyimpanan Daging Korban Supaya Tahan Lebih Lama

SUP TORPEDO (ZAKAR LEMBU) TINGKATKAN ‘POWER’ LELAKI?

sup torpedo

Semalam tertular satu perkongsian mendakwa ‘sup torpedo’ boleh meningkatkan kekuatan seksual dan libido lelaki. Untuk mereka yang belum tahu, selain bahagian ekor menjadi kegemaran ramai untuk dimasak sup, ada juga yang menggunakan bahagian zakar lembu jantan sebagai santapan ketika Hari Raya Korban.

Kepercayaan ini berdasarkan idea bahawa memakan testis haiwan yang mengandungi testosteron boleh meningkatkan testosteron kepada seorang lelaki. Jadi, adakah testis lembut boleh meningkatkan libido lelaki? Setakat ini, bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini adalah sangat terhad.

1.Kandungan Testosteron

Testis lembu memang mengandungi testosteron dan androgen lain, iaitu hormon lelaki yang memainkan peranan penting dalam fungsi seksual lelaki. Secara teorinya, memakan organ-organ ini MUNGKIN dapat meningkatkan tahap testosteron dalam lelaki, tetapi jumlah yang patut dimakan untuk menyerap hormon-hormon ini masih belum dikaji.

2. Nilai Pemakanan

Testis merupakan sumber protein yang baik, vitamin (terutama vitamin B12), dan mineral seperti zink, yang diketahui berperanan dalam pengeluaran testosteron dan kesihatan seksual secara keseluruhan.

3.Kekurangan bukti saintifik

Walaupun beberapa amalan tradisional mencadangkan bahawa memakan testis haiwan boleh meningkatkan libido, tiada kajian saintifik yang kukuh untuk menyokong dakwaan ini.

Alternatif yang baik:

1.Makanan kaya zink seperti tiram, biji labu, dan kacang-kacangan.

2.Diet seimbang yang kaya dengan protein tanpa lemak, lemak sihat, sayur-sayuran, dan buah-buahan.

3.Faktor gaya hidup: Senaman yang kerap, tidur yang mencukupi, dan pengurusan tekanan adalah kritikal untuk mengekalkan tahap testosteron dan fungsi seksual yang sihat.

Walaupun memakan testis lembu mungkin memberikan beberapa manfaat pemakanan dan boleh berpotensi mempengaruhi tahap testosteron, TIADA BUKTI SAINTIFIK yang menyokong dakwaan bahawa ia mampu untuk meningkatkan libido dan prestasi seksual lelaki.

Bagi mereka yang berminat untuk meningkatkan libido atau memperbaiki kesihatan seksual harus fokus pada kaedah yang terbukti, termasuk diet seimbang, aktiviti fizikal yang kerap, dan amalan gaya hidup yang sihat.

sup torpedo

*Ada yang pernah cuba?

Baca juga: Hukum Beri Makan Daging Korban Kepada Non Muslim, Ini Penjelasan Mufti WP

Sumber: X @Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×