Dapur

Paras Kolesterol Tinggi Selepas Makan Daging, Cuba 9 Petua Doktor Ini Untuk Stabilkan

102
SHARES

Banyaknya kuantiti daging lembu yang telah dimakan sempena sambutan Hari Raya Korban baru-baru ini. Apabila diperiksa kadar kolesterol dalam badan, mencanak tinggi bacaannya! Lantas, anda akan tercari-cari petua turunkan kolesterol dengan cepat tanpa mengambil ubat.

Menurut perkongsian Dr.Suri Roowi, terdapat beberapa bahan alami yang boleh diamalkan supaya tahap kolesterol berkurangan secara sihat.

Baca juga: Doa Penawar Racun Akibat Selalu Digigit Serangga Berbisa, InsyaAllah Tak Melarat..

PETUA TURUNKAN KOLESTEROL SECARA SAINTIFIK

petua turunkan kolesterol

Rasanya ramai antara kita menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging semasa Hari Raya ini. Disertakan petua yang telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:

1. Ambil minyak zaitun kerana minyak zaitun banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA. Minyak zaitun telah dibuktikan dalam banyak kajian saintifik di seluruh dunia untuk kesihatan jantung. Minyak zaitun sebaiknya diambil bersama sumber fiber contohnya ulam-ulaman.

2. Makan banyak sumber fiber larut air seperti buah-buahan contohnya buah tin. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan untuk bantu turunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.

3. Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini kawal kemasukan kolesterol dalam darah.

4. Makan bawang putih (ada allicin dan komponen sulfur). Alicin boleh bantu cairkan darah.

5. Minum jus oren atau limau kasturi (kaya bahan flavanone) – bahan bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yang bertindak sebagai antikolesterol.

6. Minum teh hijau – (kaya bahan ECGC dan epicatechin) yang boleh bantu turunkan kolesterol.

7. Ambil minyak ikan -(kaya omega 3)

8. Minum air asam jawa – Kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2012 mendapati, asam jawa membantu menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kandungan kolesterol HDL iaitu kolesterol baik dalam darah. Dos yang disarankan adalah mengambil 10g asam jawa dan dibancuh bersama 100ml air suam serta madu asli.

9. Minum air rozel (3.0g, 3 kali sehari) dapat turunkan paras kolesterol dengan ketara.

petua turunkan kolesterol

*Selepas amalkan selama seminggu sekurang-kurangnya, boleh semak semula paras kolesterol ya!

Baca juga: Anak Hidap Kanser Tulang, Bapa Mohon Sumbangan Untuk Teruskan Kemoterapi

Sumber: Dr.Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×