Sihat

Ada 5 Punca Kolesterol Selain Pemakanan Ramai Tak Tahu, No. 3 Paling Tak Sangka!

24
SHARES
punca kolestrol

Umum mengetahui pemakanan yang tidak sihat merupakan punca utama kepada masalah kolesterol. Namun, tiada siapa sangka sebenarnya ada banyak punca kolesterol yang lain turut mempengaruhi masalah kolestrol tinggi.

Antara puncanya seperti terlalu banyak duduk dan kehamilan. Tapi bagaimana punca-punca sebegini yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia boleh menyebabkan masalah kolesterol? Mari baca penjelasan Doktor Samhan di bawah supaya orang ramai boleh kawal tahap kolesterol dalam badan dan hidup lebih sihat.

Baca juga: Kepala Kerap Sakit Di Sebelah Kiri, Ambil Tahu Punca Ini

PUNCA KOLESTEROL

punca kolestrol

Seperti yang kita tahu punca utama masalah kolesterol adalah pemakanan yang tidak sihat namun sebenarnya ada banyak lagi sebab yang lain! Jom ketahui punca lain kolesterol tinggi untuk bantu anda lebih sihat!

1. STRESS YANG BERPANJANGAN

Tahukah anda? stress yang kronik boleh menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit, termasuklah kolesterol tinggi? Kajian menunjukkan, stres boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam badan dan mengurangkan tahap kolesterol baik (HDL).

2. UBAT-UBATAN PUNCA KOLESTEROL TINGGI

Sebagai contoh, ubat seperti pil perancang, retinoid, kortikosteroid, antiviral dan antisawan mungkin mempunyai kesan yang tidak disangka-sangka pada badan.

Bukan itu sahaja, ubat tekanan darah tinggi seperti diuretik dan beta-blockers juga boleh menjadi punca kolestrol tinggi dalam badan.

3. TERLALU BANYAK DUDUK

punca kolestrol

Duduk yang berpanjangan boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan? Malah, ia boleh menyebabkan obesiti, penyakit jantung dan juga kolesterol tinggi.

Apabila anda duduk terlalu lama, enzim yang menukarkan kolesterol jahat kepada kolesterol baik akan berkurangan sebanyak 95%.

4. KEHAMILAN

Ketika hamil, badan akan menggunakan kolesterol untuk membantu janin membesar dan berkembang.

Sebab itulah, tahap kolesterol dalam badan ibu yang mengandung akan meningkat dengan drastik pada semester kedua dan ketiga. Malah, tahap kolesterol ini juga akan kekal tinggi walaupun selepas melahirkan anak.

5. DIET TINGGI GULA PUNCA KOLESTEROL TINGGI

Suka ambil makanan yang manis? Sebenarnya bukan lemak sahaja yang boleh menyebabkan kolesterol tinggi, gula pun sama juga ya!

Diet yang tinggi gula boleh menyebabkan hati anda menghasilkan lebih banyak kolesterol dan trigliserida dalam badan. Menurut sebuah kajian, individu yang mendapatkan 10% kalori mereka daripada gula mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mengalami masalah kolesterol tinggi.

Sumber: Twitter Doktor Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×