Sihat

Hidup Rasa Tertekan, Beremosi & Serabut, Cuba Kawal Dengan Cara Ini – Perkongsian Daripada Doktor!

2
SHARES
tips menjaga kesihatan mental

Masalah kesihatan mental memang tidak akan pernah lupus, malah individu yang sihat dan normal juga boleh mengalaminya.  Maka, amatlah penting untuk anda mengetahui dan melakukan tips menjaga kesihatan mental ini, sekiranya berhadapan dengan isu tersebut.

Mari ikuti tips menjaga kesihatan mental dari perkongsian Doktor Rozanizam Zakaria di bawah.

Baca juga: Doktor Kongsi Tips Cara Pilih & Galas Beg Sekolah, Elak Mudarat Kesihatan Anak!

2 RUTIN PENTING UNTUK KESIHATAN MENTAL ANDA

tips menjaga kesihatan mental

Gambar hiasan: Google

Menurut Dr. Rozanizam Zakaria di dalam ‘posting’ sebelumnya, resilient merupakan sifat yang mampu menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup dengan lebih baik. Bahasa mudahnya, kebolehan yang dimiliki oleh seseorang itu untuk bangkit dari sebarang ujian.

Di dalamnya terdapat formula 5R yang perlu dilakukan untuk menjadi seseorang yang resilient. Namun, di perkongsian beliau ini hanya memberi fokus kepada R yang pertama iaitu Regular Routine yang bermaksud melakukan muhasabah dalam rutin hidup seharian anda.

TIPS MENJAGA KESIHATAN MENTAL: LAKUKAN MUHASABAH RUTIN HIDUP SEHARIAN

Formula saya, nak jadi resilient kena ada 5R, R pertama ialah Regular Routine. Ini cerita tentang R yang pertama.

Kalau selalu tertekan dalam hidup, mudah beremosi, serabut, tak keruan dan berkecamuk? Tak tau nak buat apa? Cuba mulakan dengan muhasabah rutin hidup seharian dalam hidup kita.

2 RUTIN PENTING YANG PERLU DIJAGA UNTUK KESIHATAN MENTAL

Ada 2 rutin penting kita kena jaga. Perbaiki rutin ini jika belum sempurna sebab ia penting untuk kesejahteraan mental anda.

1. RUTIN ‘SELF-CARE’

tips menjaga kesihatan mental

Gambar hiasan: Google

Rutin self-care bermaksud jaga diri kita dengan berdamai dengan diri (make PEACE).

  • P physical health ialah menjaga kesihatan fizikal.
  • E eat properly ialah pastikan pemakanan seimbang.
  • A avoid unhealthy habit ialah buang tabiat tidak sihat seperti merokok, minum caffeine berlebihan.
  • C comfortable sleep ialah pastikan tidur mencukupi.
  • E exercise regularly ialah riadah untuk stamina diri.

Mudahnya, bagi hak pada badan kita. Bila badan dalam keadaan penat (exhausted), minda mudah tertekan.

2. RUTIN ‘SELF-LOVE’

tips menjaga kesihatan mental

Gambar hiasan: Google.

Rutin ‘self-love’ bermaksud sayangi, manjakan diri kita dengan VITALS.

Akhir sekali, juga penting, pastikan

  • Spiritual strentgh ialah cari kekuatan spiritual dan istiqamah dengan amal ibadah yang membawa jiwa kita lebih tenang.

Jika rutin-rutin ini terabai, kembalilah ke landasan dengan perbaiki rutin anda ini.

Sumber: Facebook Dr Rozanizam Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×