Asuh

Doktor Kongsi Tips Cara Pilih & Galas Beg Sekolah, Elak Mudarat Kesihatan Anak!

2
SHARES
tips membeli beg sekolah

Tak lama lagi dah nak masuk musim sekolah, sudah tentu anak-anak tidak sabar dan berasa teruja untuk keluar membeli-belah keperluan sekolah bersama ibu bapa. Antara keperluan asas yang diperlukan adalah beg sekolah dan ia amat penting buat ibu bapa memilih beg yang tidak memudaratkan kesihatan anak seperti panduan tips membeli beg sekolah di bawah.

Melalui perkongsian dari Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan anak menghadapi masalah kesihatan seperti sakit tengkuk dan sebagainya. Mari ikuti panduan di bawah!

Baca juga: Anak Dah Nak Masuk Darjah 1, Ibu Ayah Buat Persediaan Ini, Perkongsian Daripada Pakar!

CARA BETUL PILIH DAN GALAS BEG SEKOLAH

tips membeli beg sekolah

Gambar hiasan: Google.

Sekarang tengah musim ibu bapa beli peralatan sekolah dan salah satu kelengkapan penting adalah beg sekolah. Ibu bapa perlu beli beg sekolah yang betul untuk elakkan kemudaratan pada anak-anak.

Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang serta masalah-masalah tulang belakang yang lain, seperti skoliosis dan kyphosis.

tips membeli beg sekolah

TIPS MEMBELI BEG SEKOLAH ANAK YANG BETUL

Cara pilih beg yang betul:

1. JENIS

Mempunyai dua tali penyandang dan penyandang mempunyai pelapik span. Penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.

2. DALAMAN

Mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat, agar buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada ruang yang dekat kepada tubuh pemakai.

3. SAIZ

Bahagian atas beg mesti berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Jika bahagian bawah mencecah punggung, bermakna beg terlalu besar.

CARA GALAS BEG YANG BETUL

1. Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.

tips membeli beg sekolah

2. Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh dan tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan atau berlari.

tips membeli beg sekolah

3. Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.

tips membeli beg sekolah

Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada ibubapa dan anak-anak!

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×