Asuh

Anak Dah Nak Masuk Darjah 1, Ibu Ayah Buat Persediaan Ini, Perkongsian Daripada Pakar!

3
SHARES
persiapan anak masuk darjah 1

Seringkali ibu bapa tertanya-tanya apa perkara yang perlu dilakukan sebagai persediaan awal sebelum anak masuk darjah 1 nanti. Disebabkan itu, amatlah penting buat ibu bapa untuk mengetahui persiapan anak masuk darjah 1. Terutamanya buat ibu bapa yang pertama kali merasai pengalaman ini, di mana saat genting tersebut akan berlaku pada bulan Mac yang tidak lama lagi.

Usah khuatir kerana anda masih mempunyai masa untuk melakukan persediaan tersebut bermula dengan sekarang. Justeru itu, mari ikuti perkongsian matlamat dan cara menyediakan anak untuk ke sekolah dari Puan Pija Ramli yang merupakan pakar seorang Psikologi Perkembangan.

Baca juga: 8 Tips Buat Anak Mendengar Kata, Jangan Terkejut Selepas Ini Anak Terus Berubah!

KEBIMBANGAN IBU AYAH TENTANG SEKOLAH

persiapan anak masuk darjah 1

Gambar hiasan: Google.

Bulan 3 nanti Insya Allah sesi persekolahan tahun baru akan bermula kan? Parents yang ada anak nak masuk sekolah rendah mesti tengah nervous sekarang 

Sama lah untuk saya sendiri, tapi Afi akan masuk tadika Insya Allah bulan 3 nanti, kelas 4 tahun walaupun dia baru masuk 3 tahun, 3 tahun 2 bulan secara tepatnya. Jauh lagi nak capai 4 tahun.

Jadi kerisauan saya dan parents yang anak lahir hujung tahun ini ialah, mampu ke mereka keep up dengan kawan sekelas? Dan itulah sebab mengapa saya daftarkan juga anak saya untuk bantu dia belajar dan bersedia dalam suasana pembelajaran formal sebelum ke sekolah rendah.

PERSIAPAN ANAK MASUK DARJAH 1

Saya kongsikan matlamat dan cara menyediakan anak utk ke sekolah:

1. 3 – 5 TAHUN

persiapan anak masuk darjah 1

Gambar hiasan: Google.

Usia ini merupakan peringkat anak untuk belajar memilih tingkah laku yang sesuai berdasarkan situasi dan permintaan.

Anak perlu belajar untuk bertindak balas terhadap permintaan dan arahan orang dewasa lain. Selain itu, anak perlu belajar untuk bertoleransi melalui aktiviti bermain bersama rakan sebaya dan perlu belajar untuk mengawal diri (sedar bahawa tidak semua kehendaknya perlu diikuti).

Keyakinan diri anak, keupayaan anak untuk menyesuaikan diri dengan suasana dalam kelas dapat dibantu dengan jadual rutin harian yang konsisten.

Adakan peraturan mudah untuk anak ikut:

  • Bagi anak buat kerja rumah ringan setiap hari.
  • Bagi anak keluar bermain setiap petang.
  • Bawa anak ke pelbagai tempat yang mempunyai peraturan yang berbeza (library, mall, playground, ziarah rumah orang lain etc).

Kalau anak dah 3 tahun, Insya Allah dah sesuai tu untuk parents masukkan anak ke tadika sebab modul sepatutnya berbentuk ‘play and learn’.

2. 5-7 TAHUN

persiapan anak masuk darjah 1

Gambar hiasan: Google.

Peringkat anak belajar mendapatkan kemahiran asas akademik formal seperti mengingat, membaca, menulis, mendengar dan menceritakan semula.

Ibu bapa sepatutnya sudah mengukuhkan integrasi sensori motor dan kesedaran spatial pada peringkat awal kanak-kanak. Pada fasa ini pula ibu ayah perlu mulakan latihan intensif untuk kemahiran formal.

  • Ajar anak membaca ikut kaedah pilihan yang sesuai.
  • Ajar anak menulis dengan latihan menulis setiap hari.
  • Lakukan aktiviti story telling bersama anak setiap hari.

Jangka masa bergantung pada tahap daya tumpuan anak masing-masing, bermula 15 minit bagi satu sesi. Dalam masa yang sama, terus beri galakan kepada anak untuk memulakan persahabatan dan berinteraksi dengan orang lain sama ada sebaya atau dewasa.

Persediaan utama yang ibu ayah perlu lakukan seawal usia 3 tahun adalah membantu anak meningkatkan keupayaan penyesuaian diri dalam pelbagai situasi sosial, formal dan tidak formal. Ini adalah sangat penting.

Walaupun anak anda bijak atau genius tetapi sekiranya anak tidak mempunyai keupayaan menyesuaikan diri, anak tidak dapat berfungsi dengan baik di sekolah.

Sumber: Facebook Pija Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×