Asuh

“Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!

12
SHARES
mangsa buli

Seorang ibu meluahkan rasa kecewa dan marah apabila anak perempuannya, murid Tahun 1, menjadi mangsa buli oleh murid Tahun 1 yang lain juga sehingga TIDAK MAHU ke sekolah!

Perkara ini sangat mengejutkan kerana jelas menunjukkan bahawa mentaliti kanak-kanak zaman sekarang walaupun baru berusia 7 tahun sudah terdedah dengan perkara negatif. Kalau di zaman 10 tahun lepas, murid Tahun 1 hanya tahu menangis dan ikut arahan cikgu sahaja…

Baca juga: Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’

MURID TAHUN 1 JADI MANGSA BULI, DAPAT SURAT TAK SENONOH & DIHINA HITAM

mangsa buli

Foto surat yang dapat.

Melalui hantaran di Facebook, ibu yang dikenali sebagai Yana ini mendedahkan insiden yang melibatkan penghinaan fizikal dan perlakuan tidak sopan kepada anaknya yang masih kecil itu, termasuk penggunaan isyarat lucah serta kata-kata kesat. Menurut Yana, pada mulanya dia hanya menganggap anaknya menangis setiap pagi merungut untuk tidak mahu ke sekolah merupakan perkara biasa seperti kanak-kanak lain.

Namun, keadaan berubah apabila dia menemui sehelai kertas dalam beg sekolah anaknya yang mengandungi lukisan tidak senonoh serta kata-kata berbentuk penghinaan.

“Patutlah setiap hari dia menangis tak mahu ke sekolah. Hari ini, saya jumpa kertas yang melukis jari tengah dan body shaming. Budak Tahun 1 pun sampai tahap membuli macam ni? Ini sangat melampau,” luah Yana.

TAK MENGAKU SALAH!

mangsa buli

Sebagai ibu, sudah pasti Yana terkejut dan kecewa dengan apa yang berlaku lantas mengambil tindakan dengan pergi ke sekolah dan berjumpa pihak pentadbiran. Namun, usaha untuk bertemu ibu bapa kepada murid yang didakwa membuli anaknya tidak berhasil apabila kanak-kanak tersebut tidak mengaku dengan kesalahan.

Dia kemudian berjumpa dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) serta guru disiplin untuk melaporkan perkara tersebut yang kemudian mengakui kejadian itu sememangnya kes buli dan siasatan lanjut akan dilakukan.

“Anak saya, Aisyah, memberitahu tudungnya selalu ditarik, dipanggil dengan gelaran seperti ‘babi’, malah dipukul serta ditunjukkan isyarat lucah. Ini bukan perkara kecil. la sudah keterlaluan,” jelas Yana.

Yana turut berkongsi kesan emosi yang dialami anaknya akibat perbuatan buli itu di mana anaknya sering menangis dan menunjukkan perubahan sikap seperti mudah marah serta tidak bersemangat ke sekolah. Kes tersebut kini dalam perhatian pihak sekolah, kedua-dua murid serta ibu bapa mereka akan dipanggil untuk berjumpa bagi menyelesaikan masalah tersebut.

*Baru usia 7 tahun sudah pandai mendera emosi orang lain dan sudah tahu perkataan-perkataan lucah. Adakah ini contohnya datang dari ibu bapa sendiri?

Baca juga: Rupanya Lebih 120,000 Murid Tahun 1 Dikesan TAK BOLEH Membaca, Menulis & Mengira

Sumber: Facebook Mader Yana

Foto ibu dan anak: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×