Didik

Anak Bakal Masuk Darjah 1? Ini 11 Kemahiran Asas Mak Ayah Kena Latih Elak ‘Culture Shock’

7
SHARES
daftar darjah 1

“Haritu dah semangat daftar anak Darjah 1, tak lama lagi nak sekolah. Kena ajar macam-macam ni..”

Nampaknya sesi persekolahan bagi tahun 2023 untuk anak-anak, khususnya darjah 1 akan bermula tidak lama lagi. Masih sempat lagi untuk mak ayah lakukan persediaan seperti membeli barang keperluan untuk anak-anak dan juga melatih kemahiran-kemahiran ‘basic’ untuk mereka.

Biasalah, bila nak hantar anak-anak dalam tempoh lama ke tempat luar dan perlu berdikari, mak ayah kena siapkan mereka dengan beberapa kemahiran supaya anak tidak ketinggalan. Berikut merupakan 11 kemahiran yang dikongsikan oleh ibu ini di laman Twitter yang anda pun boleh jadikan panduan.

DAH DAFTAR ANAK DARJAH 1, TAK LAMA LAGI NAK MASUK SEKOLAH KENA AJAR 11 KEMAHIRAN INI

daftar anak darjah 1

Tak lama lagi anak-anak kita ada yang nak masuk darjah 1. Cuba check kita dah ajar anak kita 11 kemahiran ni tak:

1. Kenal nilai duit simple

Kalau macam sekolah anak saya ni, kebanyakan barang di kantin RM1. Jadi, at least make sure anak kenal RM1.

2. Ajar anak simple transaksi jual beli

Bawa anak ke mini market kawasan kita yang cashier dia penyabar. Beli 1-2 barang je. Macam roti, air kotak. Bagi anak duit, anak bayar sendiri & tunggu baki. (Make sure bayaran tu ada duit baki supaya anak faham konsep duit baki tu).

3. Latih anak buka seluar separuh masa buang air kecil / buang air besar

Maka, kita akan kurangkan kejadian seluar sekolah berteraburan di pintu tandas sekolah. Latih anak macam mana nak handle seluar dia.

4. Latih anak guna 2 jenis tandas : cangkung & duduk.

Kita tak pasti sekolah anak ada tandas cangkung / duduk. Kalau memang rumah kita ada 1 jenis tandas je, bawa je anak tu pergi petrol station ke, R&R ke. Ambil masa sikit untuk ajar anak guna 2 jenis tandas tu.

5. Latih anak cara cuci selepas buang air dengan seluar tak basah, baju tak lencun

Ni ada lebih kurang sebulan sebelum masuk sekolah darjah 1 ni. Make sure latih anak kita cuci diri dengan secermat yang boleh. Kurang-kurang tak basah kuyup macam mandi.

6. Latih anak susun sendiri pencil case dia

Ajak anak yang bantu tampal label nama kat alat tulis & ajar anak untuk sentiasa pastikan barang simpan semula. Boleh sediakan 1 meja kecil, ajak anak mewarna ke, dan latih anak kemas semula stationeries dia dalam beg lepas guna.

daftar darjah 1

7. Latih anak untuk pakai & buka kasut sekolah, dan susun dengan cermat

Kadang kat sekolah ada waktu yang anak-anak kena buka kasut. Masuk surau, masuk library. Jadi, latih anak untuk jaga kasut dia. Dan pastikan anak kenal kasut dia.

8. Latih anak untuk buka dan pakai tali pinggang

Yang ni, penting sesangat tau. Kang ada yang anak terkucil kat sekolah sebab tak boleh buka seluar. Kalau anak jenis berani bagitahu cikgu takpe. Kalau anak jenis pendiam? Dah susah dah.

9. Latih anak untuk greet kawan-kawan dan berkenalan dengan kawan-kawan

Kadang, skrip pun kita kena bagi kat anak-anak. Bagi memudahkan mereka ice-breaking dengan kawan-kawan.

10. Latih anak untuk bawa air masak sentiasa

Dan latih anak untuk MINUM AIR dari botolnya selang 30 minit ke. Biasakan masa buat aktiviti kat rumah, remind anak minum air masak. Ramai anak-anak darjah 1 ni, dehydrated sebab lupa minum air. Padahal bawa je botol airnya.

11.Bulan Ramadan, latih anak makan di rumah dahulu

Naik sekolah nanti, kejap lepas tu masuk Ramadhan. Ada sekolah yang anak-anak muslim tak boleh makan, walau darjah 1. So, saya akan latih anak untuk makan dulu di rumah, dan balik sekolah, terus readykan roti untuk anak makan dalam kereta dulu.

*Selamat bersekolah semua!

Sumber: Twitter @aisyahrozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×