Famili

‘Tak Pandai Guna Tandas Cangkung’- Cikgu Pesan Mak Ayah Kena Prepare Baju & Seluar Track Dalam Beg Anak

152
SHARES

Bagi anak-anak tahun 1 yang baharu sahaja masuk ke alam persekolahan, sudah pasti itu akan menjadi kenangan buat diri mereka. Di situlah bermula segalanya untuk mempelajari apa erti berdikari.

Hal ini kerana sebelum ini di tadika pasti akan dibantu oleh guru-guru untuk melakukan sesuatu perkara dan menyebabkan mereka sedikit kekok dan mencabar. Ibu bapa juga memainkan peranan dalam memastikan anak-anak sentiasa selesa dengan keadaan baharu.

Baca juga: [VIDEO] “Mak-Mak Banyak Berfikir…”- Ibu Terkejut Anak Di Walker Hilang, Rupanya…..

CIKGU PESAN MAK AYAH PREPARE BAJU & SELUAR TRACK DALAM BEG ANAK

Hal ini sama seperti perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh di laman Facebook. Beliau menceritakan mengenai murid tahun 1 yang tidak reti menggunakan tandas kerana kebanyakkan tandas di sekolah menggunakan tandas cangkung.

“Cikgu, nak ke tandas,” kata seorang murid tahun satu masa berkumpul kat dewan.

“Okey. Pergilah,” balasku.

“Saya takut. Cikgu temankan boleh,” katanya jujur.

Aduh, takut la pulak. Okey la, aku pun teman la dia ke tandas. Masuk je tandas murid, nampak selonggok seluar dekat luar tandas. Ini murid yang sebelum ni pergi tandas tadi ni.

Pengawas yang tunjuk tandas, pengawas tu tinggal, dia pergi bukak seluar dan longgok gitu ja. Adeh, buat hal betul lah.

Dah satu hal pula seluar tu kotor dan basah nanti. Nak kena ajar mereka buka seluar dalam tandas ni, naya kalau macam ni. Budak-budak lain bukan kira apa, kadang dipijak je seluar yang ada kat lantai. Budak. Tahun 1 pula tu. Nak marah pun tak boleh.

Kalau anak jenis tak tahan kencing berak, tolong prepare seluar trek biru dan baju t shirt putih ya. Senang nak tukar jika terbuang dalam seluar or pakaian mereka basah kuyup bila ke tandas.

Baju putih berkolar boleh beli sini: https://shope.ee/2poQR5gXQG 

Seluar tracksuit biru boleh lihat sini: https://shope.ee/6zdzOmPjM0

Mak ayah, tolong ajar anak-anak guna tandas awam ya. Ajar mereka buka dan gantung seluar dalam tandas. Bukan buka dan longgok macam dekat rumah.

Sumber: Facebook Cikgu Fadli Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×