Famili

[VIDEO] “Mak-Mak Banyak Berfikir…”- Ibu Terkejut Anak Di Walker Hilang, Rupanya…..

152
SHARES

Tugas sebagai suri rumah sering dianggap senang dan hanya duduk di rumah sahaja tanpa membuat apa-apa. Sebenarnya, bebenan dan tanggungjawab sebagai seorang suri rumah amat mencabar. Hanya insan terpilih dan kuat sahaja mampu mengalas tugas sebagai suri rumah sepenuh masa.

Bukan sahaja harus menguruskan hal di dapur tetapi juga perlu bertungkus lumus memastikan anak sentiasa di sisi dan dalam keadaan selamat sehingga lupa si kecil sedang digendong. Hal ini sama seperti satu video yang tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet.

Baca juga: Gara-Gara Mahu Tukar Giliran Memandu, Suami Isteri Tertinggal Anak

IBU TERKEJUT ANAK DI WALKER HILANG, RUPANYA

Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat seorang ibu berada di dalam rumah yang dalam keadaan sedikit bersepah. Ibu itu sedang khusyuk bermain telefon sambil kakinya menolak walker kepunyaan si anak.

Tiba-tiba si ibu kelihatan panik dan sedang mencari sesuatu. Ternyata, dia sedang mencari bayinya yang hilang dari walker tersebut. Dia kelihatan mencari merata-rata tempat dan beberapa saat kemudian si ibu menyedari bayinya sedang digendong.

“MAK-MAK BANYAK BERFIKIR…”

Video tersebut menerima 15 juta tontonan dan meninjau ke ruangan komen rata-rata warganet berkata si ibu kelihatan begitu penat membuat kerja rumah sehingga menyebabkan dia terlupa bayinya sedang digendong.

Sumber: TikTok Trinh Dung

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×