Famili

Gara-Gara Mahu Tukar Giliran Memandu, Suami Isteri Tertinggal Anak

138
SHARES

Sepasang suami isteri mengalami detik cemas apabila anak perempuan mereka yang berusia 9 tahun ‘tertinggal’. Kejadian ini berlaku di Bukit Bunga.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, anak perempuan mereka dikatakan keluar daripada kereta ketika pasangan suami isteri itu berhenti di tepi jalan, untuk bertukar giliran memandu.

Baca juga: [VIDEO] Isteri Belasah Suami Guna Helmet, Baju Pun Koyak Sekali!

GARA-GARA MAHU TUKAR GILIRAN MEMANDU, SUAMI ISTERI TERTINGGAL ANAK

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, berkata tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan daripada Pokok Sena, Kedah untuk pulang ke kampung mereka di Jeram Linang, Pasir Puteh.

Memetik laporan BH Online, difahamkan kanak-kanak terbabit tidur di bahagian penumpang belakang, namun bertindak keluar kenderaan ketika ibu bapanya berhenti bertukar giliran memandu tanpa menyedari tindakan anak terbabit.

Kanak-kanak itu kemudiannya ditemui orang awam dan melaporkan kepada pihak polis dan di bawa ke Balai Polis Bukit Bunga lebih kurang jam 3 pagi.

“Mungkin kerana lihat saya lelaki, dia takut, jadi saya hubungi rakan dan polis untuk menenangkan kanak-kanak itu. Kanak-kanak kemudian memberitahu ibu bapanya tertinggal dia ketika berhenti kereta, lagipun kawasan ini gelap dan kejadian berlaku awal pagi,” jelas saksi kejadian, Kamarulzaman Mohd Sakeri.

Kanak-kanak itu bernasib baik kerana mampu mengingati nombor telefon ibu bapanya dan memberitahu mereka dalam perjalanan balik kampung.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×