Famili

[VIDEO] Isteri Belasah Suami Guna Helmet, Baju Pun Koyak Sekali!

23
SHARES

Hidup sebagai pasangan suami isteri tidak selalunya indah. Kadang kala ada juga pasang surutnya sehingga berlaku pergaduhan. Hal ini sama seperti rakaman video yang tular di media sosial.

Rakaman video tersebut memaparkan pertengkaran antara seorang lelaki dan wanita yang dipercayai pasangan suami isteri. Kejadian itu difahamkan berlaku di Indonesia wilayah Jawa Tengah dan mendapat perhatian warganet kerana turut terkejut melihat pergaduhan yang berlaku antara mereka.

Baca juga: Gara-Gara Selalu Memancing, Isteri Tekad Mahu Lelong Suami

ISTERI BELASAH SUAMI GUNA HELMET, BAJU PUN KOYAK SEKALI

Memetik laporan Berita Hits, rakaman video itu memaparkan si suami dipukul oleh si isteri dengan menggunakan topi keledar. Bukan sahaja itu, malah baju lelaki tersebut juga koyak dari ketiak hingga ke bawah.

Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang pemandu lain dari dalam keretanya yang kebetulan melalui kawasan tersebut dan kelihatan kedua-dua mereka berdiri di tepi sebatang jalan bersebelahan sebuah kawasan sawah padi.

Wanita berkenaan memegang sebuah topi keledar sebelum menghayunnya ke badan lelaki itu. Si suami tidak melawan tetapi hanya cuba mengelak daripada dipukul dan menghalang menggunakan tangannya. Adoi!

Sementara itu, penunggang motosikal yang berada di belakang kereta perakam itu dilihat begitu tertarik memerhatikan pertengkaran dua orang itu. Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan mengenai punca pertengkaran mereka.

VIDEO PENUH:

Sumber: Berita Hits

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×