Famili

Gara-Gara Selalu Memancing, Isteri Tekad Mahu Lelong Suami

98
SHARES

Seorang wanita bertindak melelong suami sendiri di sebuah platform jual beli tempatan kerana berang ditinggalkan menjaga dua anak sendirian. Hal ini kerana sang suami keluar memancing ketika anak-anak mereka sedang cuti sekolah dan membiarkan isteri di rumah.

John McAlister, dilelong di laman web Trade Me dengan keterangan yang diletakkan sebagai berketinggian 185.4 sentimeter, berusia 37 tahun dan seorang petani daging lembu.

Baca juga: Anak Didakwa Tembak Ayah Gara-Gara Salah Beli Kepak Ayam

GARA-GARA SELALU MEMANCING, ISTERI TEKAD MAHU LELONG SUAMI

Menurut laporan Mirrok UK, Linda McAliser, yang memuat naik iklan tersebut berkata, John turut mempunyai beberapa orang bekas isteri dan aktiviti memancing itu sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia sering dilakukan.

Walau bagaimanapun, tindakan Linda mahu melelong John membuatkan dia ketawa dan menganggap bahawa ia adalah sesuatu yang lucu.

Iklan lelongan itu berjaya menarik 12 pembida dengan nilai bidaan meningkat kepada AS$100 (RM419) menjelang tengah hari semalam, namun ia telah dipadam oleh Trade Me kerana didapati melanggar terma dan syarat.

Linda juga sempat menasihati lelaki-lelaki lain agar menjaga anak-anak mereka ketika cuti sekolah dan jangan sesekali membiarkan anak serta isteri sendirian di rumah tanpa suami di sisi.

Sumber: Mirror UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×