Didik

‘Bebird’ Anak Murid Tersepit Zip Seluar, Apa Cikgu Kena Buat? Ini Cara Nak ‘Selamatkan’…

118
SHARES

Semenjak bermulanya kembali sesi persekolahan, banyak ragam anak-anak yang dikongsikan di laman media sosial dan mendapat perhatian. Dari ragam anak ke tandas tetapi pulang tidak berkain dan berseluar sehinggalah ada kes yang melibatkan kemaluan anak-anak lelaki tersepit di zip seluar. Ngilu tu!

Jadi, sudah pasti ramai dalam kalanagn cikgu yang gelabah apabila berhadapan dengan situasi begini. Mana tidaknya, nanti takut pula dipersalahkan oleh ibu bapa kerana anak-anak pulang dalam keadaan kesakitan dari sekolah. Oleh itu, ini perkongsian tips dari doktor tentang cara untuk anda selamatkan ‘bebird’ murid lelaki yang berhadapan dengan situasi genting ini. Semoga berjaya!

Baca juga: Pelajar SPM Bawa Adik Ke Sekolah, Cikgu ‘Offer’ Jadi Pengasuh Buat Netizen Tersentuh!

‘BEBIRD’ ANAK MURID TERSEPIT ZIP SELUAR!

“Doktor! Doktor! Tolong murid saya doktor!” Jeritan seorang guru bergegas masuk ke Jabatan Kecemasan.

“Nape ni cikgu?” Tanyaku.

“Tersepit ni! Tersepit!” Cikgu tersebut kelihatan panik.

“Apa yang tersepit ni cikgu? Bertenang… bertenang,” ujarku sambil menenangkan cikgu.

“Bebird… bebird anak murid saya ni tersepit kat zip seluar, doktor.”

“Ohhh. Takpe cikgu. Nanti saya usahakan. Mana mak ayah dia?”

“Ayah dia on the way ke sini, doktor”

Kelihatan murid darjah 1 yang dibawa menangis teresak-esak. Sakit sangat barangkali. Kami tau macam mana sakitnya tu. Perempuan apa tau. Ngilu tau. Begitulah. Banyak juga kes-kes kemaluan khususnya kanak-kanak lelaki tersepit atau tersangkut zip seluar. Biasa kanak-kanak pra-sekolah sehingga darjah 3 ada saja. Dalam tempoh ini mereka belum berkhatan.

Senang tersepit adalah bahagian kulit hujung zakar atau kita panggil ‘preputial skin’. Risiko tersepit pada yang belum khatan berbanding yang sudah berkhatan. Aku terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan jika zakar anak-anak tersepit zip seluar;

1. Ibubapa atau guru jangan panik. Tenangkan mangsa.

2. Jangan gunting atau tanggalkan seluar. Minta pertolongan atau bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan jika tak pasti atau tak mampu lepaskan zakar yang tersepit.

3. Jika mahu cuba, kalian boleh terus baca kaedah atau teknik dibawah.

Ada beberapa kaedah atau teknik untuk lepaskan zakar tersepit zip jika kalian yakin untuk lakukan. Kalian boleh rujuk gambar kedua untuk tahu anatomi zip.

KAEDAH LEPASKAN SECARA MANUAL

1. Sapukan minyak zaitun atau mineral dengan kadar yang banyak dibahagian kulit zakar dan zip. Biarkan selama 10 minit.

2. Cuba buka zip perlahan-lahan.

3. Jangan cuba membuka zip seluar dengan cara memaksa yang boleh mengakibatkan avulsi atau luka pada kulit.

4. Jika tak berjaya mencuba sila bawa ke Jabatan kecemasan dengan kadar segera.

KAEDAH PEMOTONGAN ‘MEDIAN BAR’

Jika kulit tersepit di antara ‘slider’ dan gigi zip (rujuk gambar ketiga)

1. Potong ‘median bar’ zip dengan pemotong wayar jenis heavy-duty.

2. Plat depan dan belakang zip akan terpisah dan kulit yang terperangkap juga akan terlepas. Jika kulit zakar tersepit di antara dua gigi zip (rujuk gambar keempat).

1. Potong ‘median bar’ pada ‘slider’ zip.

2. Tarik dua-dua baris gigi secara manual untuk melepaskan kulit yang terperangkap.

KAEDAH MEMOTONG KAIN SEKELILING GIGI ZIP

Kaedah ini boleh dilakukan jika kulit terperangkap di antara dua gigi zip dan jika tiada pemotong wayar.

1. Gunting kain bahagian memegang zip pada seluar (garis putus-putus panjang seperti dalam gambar).

2. Potong kain di antara gigi yang memerangkap kulit dengan menggunakan gunting kecil (garisan putus-putus kecil seperti dalam gambar).

3. Pisahkan gigi dan bebaskan kulit yang terperangkap.

Di hospital, biasanya kami guna ubat bius (kebas) jenis sapuan dan ada juga bius secara suntikan sebelum prosedur dilakukan. Jika bahagian kulit zakar tercedera barulah kami akan pertimbangkan untuk khatankan. Secara dasarnya lebih baik kita pakaikan seluar dalam untuk anak-anak bagi mengelakkan ‘bebird’ tersepit.

Burung adik tersepit, insyaAllah Dr Zek bebaskan ya.

Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×