Inspirasi

Pelajar SPM Bawa Adik Ke Sekolah, Cikgu ‘Offer’ Jadi Pengasuh Buat Netizen Tersentuh!

472
SHARES
tiktok

Menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah, kerana guru diberi amanah dan tanggungjawab untuk mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna di masa hadapan. Malah guru juga sering diibaratkan seperti lilin yang membakar diri sendiri kerana pengorbanan yang sanggup dilakukan hanya untuk memastikan anak murid dapat menimba ilmu dengan baik.

Begitu juga dengan baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang guru di sebuah sekolah menengah sanggup menjadi pengasuh untuk menjaga adik kepada pelajarnya yang bakal menduduki SPM. Terharu betul!

Baca juga: [VIDEO] Teknik Tak Nak Bagi Anak Drama Air Mata Bila Lalu Depan Kedai Mainan, Lucu!

CIKGU ‘OFFER’ JADI PENGASUH

Video berdurasi selama 8 saat itu telah dikongsikan di TikTok @shukranalmasyur, dia yang juga dikenali sebagai Syukran yang  merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan Geografi.

Menerusi ruang komen, Syukran memberitahu tujuannya berkongsi video itu adalah untuk menunjukkan pengorbanan seorang kakak yang masih ambil berat tentang adiknya walaupun bakal menghadapi peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia turut menyifatkan untuk menjadi seorang guru perlu mempunyai sikap toleransi kerana pelajar juga berhadapan dengan pelbagai dugaan sehingga ada yang tidak terjangkau dek akal.

Walau bagaimanapun, Syukran turut meminta orang ramai untuk mendoakan pelajarnya itu agar menjadi pelajar yang cemerlang dalam SPM. Rata-rata warganet juga turut mendoakan guru ini dan mengucap tahniah atas tindakan yang terpuji itu.

@shukranalmasyhur

Pljr mintk izin bawak adik sbb x de yg jaga kat umah.Lpas tu dlm kelas kakak x dpt fokus..Last2 cikgu amik mengasuh sambil mngajar..Senyap dan behave je baby ni..Doakan pelajar saya cemerlang SPM. #fyp #fypシ

♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

BESAR PAHALA CIKGU..

Sudah pasti ramai dalam kalangan pengguna Tiktok mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru tersebut dan memuji tindakannya yang positif. Semoga boleh dijadikan contoh buat orang lain juga dalam membantu antara satu sama lain.

Terima kasih cikgu!

Sumber: Tiktok @shukranalmasyhur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×