Asuh

[VIDEO] Teknik Tak Nak Bagi Anak Drama Air Mata Bila Lalu Depan Kedai Mainan, Lucu!

321
SHARES
tiktok viral

Permainan dengan anak-anak kecil sudah pastinya tidak dapat dipisahkan. Sampai ‘bergunung’ jenis permainan ada di rumah tetapi masih juga inginkan permainan yang baharu. Begitu juga apabila berada di pasaraya dan lalu di hadapan kedai mainan, boleh hilang arah dibuatnya dan mak ayah pun terpaksa berhadapan dengan drama air mata kalau tak mahu turuti permintaan.

Oleh itu, terdapat satu perkongsian video lucu oleh seorang ayah di laman Tiktok tentang teknik untuk tak nak bagi anak drama air mata bila lalu depan kedai mainan. Menarik juga!

Baca juga: 5 Sebab Anak Boleh Jadi Biadap, Rupanya Mula Dari Mak Ayah Sendiri…

TEKNIK TAK NAK BAGI ANAK DRAMA AIR MATA BILA LALU DEPAN KEDAI MAINAN

Terdapat perkongsian seorang ayah di laman Tiktok dimana beliau berkongsikan teknik untuk mengalih perhatian anak ketika lalu di hadapan kedai mainan. Teknik ini mungkin boleh dicuba oleh mak ayah bila bawa anak-anak keluar berjalan-jalan tu!

Dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang ayah sedang berjalan bersama anak perempuannya lalu mendukung anaknya apabila lalu di hadapan kedai mainan.

Apabila lalu sahaja di hadapan kedai mainan, si ayah terus mendukung dan tutup mata anaknya sambil berlari laju supaya anaknya tidak melihat kedai mainan tersebut. Bila dah lepas kedai mainan, diturunkan anak tersebut berjalan seperti biasa. Bijak!

@pofarizul30🤣🤣🤣🤣 jahat♬ original sound – pofarizul

“BOLEH BAGI MEDAL DEKAT AYAH NI..”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan teknik yang dikongsikan ayah tersebut dan akan mencuba jika situasi itu berlaku pada mereka. Siap dapat gelaran ‘Father of The Year’ lagi!

Sumber: Tiktok @pofarizul30

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×