Kini Trending

Bakal Ada ‘Locker’, Tiada Lagi Masalah Beg Sekolah Berat Dengan 7 Inisiatif Dari KPM Ini!

17
SHARES

Untuk pengetahuan anda, isu murid bawa beg berat ke sekolah ni dah pun wujud hampir 40 tahun dan akhirnya Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin baru-baru ini mengumumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun merancang beberapa pendekatan bagi menyelesaikan isu ini.

Baca juga: Isu Beg Berat Belum Selesa, Ibu Kongsi Video Anak Angkut Beg Sekolah Berat Naik Tangga!

TIADA LAGI MASALAH BEG BERAT, 7 INISIATIF RINGANKAN BEBAN PELAJAR SEKOLAH

Menerusi Twitter, Radzi mengumumkan bahawa pihaknya telah pun merangka tujuh inisiatif bagi meringankan beban pelajar sekolah dan seterusnya memudahkan urusan sesi pembelajaran selepas ini. Antaranya adalah:

1. Menyediakan lokar

KPM bakal memasang lokar di sekolah rendah dua sesi dan penyediaan ini akan dijalankan secara berperingkat.Fasa pertama akan dibuat untuk murid Tahap satu iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM37.3 juta.

Untuk Fasa kedua, penyediaan lokar ini akan diperluaskan lagi bagi murid Tahap dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6 yang dijangka bermula tahun 2023.

2. Penyusunan semula jadual waktu

Sekolah bakal membuat penyusunan semua jadual waktu mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.

Sekolah juga turut memberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu.

3. Buku latihan

KPM turut menetapkan akan jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran mestilah tak melebihi dua buah buku pada satu masa serta mempunyai muka surat tidak melebihi 80.

4. Buku aktiviti dan buku kerja

Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM dan buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

5. Buku teks digital

Penerbitan buku teks dalam bentuk digital akan diteruskan dengan bilangan sebanyak 692 judul buku pun dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dan boleh diakses oleh murid yang mempunyai peranti.

6. Pendekatan PdP

Guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan PdP iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (Virtual Lab) atau pembelajaran terbeza bagi mengurangkan kebergantungan kepada buku teks dan membuat pembelajaran lebih menarik.

7. Kerjasama dengan JAKIM

Meminta agar JAKIM murid diberikan kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA.

Sumber: KPM, Dr.Radzi Jidin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×