Kini Trending

‘Silibus Buku Gred 1 Di USA Macam Level Tadika Malaysia’- Semua Soalan Susah, Mak Ayah Dah Mula Risau

172
SHARES

Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai luahan seorang guru yang meluahkan isu sistem pendidikan negara. Luahan beliau mendapat perhatian dan ramai dalam kalangan ibu bapa serta guru turut menyokong kenyataan tersebut. Ramai yang mengatakan bahawa silibus pembelajaran sekarang terutama sekali untuk anak-anak Darjah Satu ( 7 Tahun) terlalu berat dan ‘level’ tinggi.

Tampil seorang bapa yang berkongsikan perbezaan silibus Grade 1 di USA adalah bersamaan dengan bahan pendidikan di tadika Malaysia. Ternyata silibus pembelajaran di luar negara lebih ringan, seronok dan mudah untuk difahami oleh anak-anak justeru menjadikan mereka lebih minat untuk menuntut ilmu.

Baca juga: ‘Anak Jadi Robot’- Mak Ayah Mengamuk Beg Sekolah Berat & Jadual Kelas Padat

Silibus Grade 1 USA macam level Tadika Malaysia

Grade 1 umur 6-7 tahun (sini ikut tarikh lahir & academic year starts September-June). Aku tunjuk perbezaan untuk orang kita menilai mana baik mana buruk . Apa USA buat untuk atasi masalah budak sekolah :

1. Silibus: kiri silibus negara kita yang aku pinjam dari fb cikgu Mohd Fadhli Salleh . Darjah 1 dah kena hafal sifir 6 . Anak aku 1st grade USA baru trace number macam budak 4 tahun tadika . Bagus ke tidak ? Macam slow sangat pula kan . Yang ni aku atas pagar. Agak agak la grade 1 tracing numbers dan letters je. Grade 3 hujung tahun baru nak masuk darab. Slow sangat tapi sekolah sini start middle school & high school tiba tiba dia akan pecut. Mungkin sini dia bagi budak sekolah rendah banyak main dan suka sekolah dulu kot.

Tapi kalau ada budak advanced , dia ada program untuk carter level anak tu . Ada mechanism dia untuk handle budak yang lain lain level

2. Bag sekolah berat : Tiada buku untuk bawa balik rumah . Tinggal dalam meja. Bawa balik laptop Dell (seorang dapat satu) , file kerja rumah atau kerja hari ini . Biasanya kerja kelas buat atas kertas je macam gambar ni . Mostly tinggal kat sekolah kecuali ada certain cikgu bagi bawa balik untuk tunjuk progress kat parents

3. Bilangan murid . Standard dalam kelas ada 20 . Paling banyak 25 . Dan tiap kelas mesti ada seorang cikgu dan seorang pembantu mengajar. Cikgu focus mengajar dan ada yang membantu bagi budak faham , bagi kertas, minta budak behave etc.

Boleh la tenang sikit cikgu dan dapat focus dekat perkembangan budak budak. Apa apa pun , sebagai orang malaysia walaupun duduk di luar , Aku rasa sampai masa Malaysia once and for all pilih satu cara paling berkesan dan stick to it . Ni setiap kali tukar government/PM/menteri , tukar balik policy . Tak rasa itu bagus untuk pendidikan generasi kita . Yang penting , orang yang berfikiran kritis, wajib kita dokong bukan pangkah .

‘MAK AYAH AJAR ANAK TERPEKIK TERLOLONG’

Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ramai dalam kalangan ibu bapa serta guru melahirkan rasa simpati dengan anak-anak zaman kini yang terlampau padat dengan aktiviti belajar. Bukan itu sahaja, ada juga ibu yang berkongsikan contoh latihan subjek Matematik Tahun 1 yang memerlukan tahap tinggi untuk mendapatkan jawapan. Orang dewasa pun susah nak jawab!

Contoh soalan aktiviti Matematik Tahun 1.

Sumber: Saif Suhairi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×