Kini Trending

‘Anak Jadi Robot’- Mak Ayah Mengamuk Beg Sekolah Berat & Jadual Kelas Padat

20
SHARES

Baru-baru ini kecoh di laman media sosial mengenai isu sistem pendidikan negara. Hal ini sering dibangkitkan dalam kalangan ibu bapa kerana seolah-olah sistem pendidikan negara makin membimbangkan dan ‘membebankan’ anak-anak. Tambah pula, ada juga dalam kalangan guru yang menyuarakan pendapat di laman media sosial namun diambil tindakan.

Baca juga: Bantu Sahabat ‘Istimewa’ Buka Tali Pinggang Untuk Buang Air, Telatah Murid Ini Dapat Pujian

‘ANAK JADI ROBOT’- MAK AYAH MENGAMUK BEG SEKOLAH BERAT & JADUAL PADAT

Antara isu yang dibangkitkan dan mendapat sambutan ramai adalah isu beg sekolah berat, silibus tinggi dan padat. Bukan itu sahaja, bilangan murid yang ramai dalam kelas, subjek yang banyak murid belajar dan masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi turut dibangkitkan.

Foto: HarakahDaily

Mungkin keadaan ini akan menyebabkan kesihatan anak-anak terjejas dan mereka seolah-olah menjadi ‘robot’ kerana terlalu dihimpit dengan tekanan pembelajaran.

‘ANAK MENGELUH BEG BERAT DAN BANYAK SANGAT…’

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan ibu bapa yang menyatakan bahawa anak-anak mereka mengalami masalah yang sama dan menjadi ‘fed up’ untuk terus belajar. Mungkin inilah sebabnya yang menjadikan anak-anak zaman sekarang semakin malas dan hanya mahu menjadi ‘influencer’ sahaja apabila dewasa kelak seperti satu kenyataan yang viral baru-baru ini.

Diharapkan juga semoga pihak berkuasa tertentu dan Kementerian Pendidikan akan memandang berat hal ini supaya anak-anak kita akan terus cemerlang dalam hal pelajaran.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×