Kini Trending

Bantu Sahabat ‘Istimewa’ Buka Tali Pinggang Untuk Buang Air, Telatah Murid Ini Dapat Pujian

329
SHARES

Benarlah kata orang bahawa hadiah terbesar dan bermakna dalam kehidupan adalah persahabatan yang baik. Sahabat yang baik juga akan membentuk sifat yang positif dalam kehidupan kita. Begitu juga dengan satu perkongsian di laman Facebook memaparkan sifat persahabatan kanak-kanak sekolah yang menyentuh hati netizen.

Baca juga: Kupas Kulit Bawang Masa Beli, Wanita Dilabel Pentingkan Diri Oleh Netizen

BANTU SAHABAT ISTIMEWA BUKA TALI PINGGANG UNTUK BUANG AIR

Dalam perkongsian gambar tersebut memaparkan tiga orang murid Sekolah Sg. Kapit, Sarawak sedang berdiri di hadapan pintu tandas sekolah. Kelihatan dua murid tersebut sedang menolong membuka tali pinggang seorang murid yang berbadan besar sedikit untuk membuang air. Rupa-rupanya, murid tersebut merupakan kanak-kanak istimewa dan sahabatnya sedang membantunya.

Erti sebuah Persahabatan (Pementas Enggau Kaban)

Selepas waktu rehat, semasa menuju ke kelas saya terserempak dengan 3 sahabat ini ( Murid tahun 1). 2 orang rakannya tengah membantu untuk membuka tali pinggang kerana ingin membuang air.

Murid “J” ini sememangnya istimewa. Dia adalah bekas murid saya di prasekolah. Dia masih tak pandai mengurus diri sendiri. Bahkan semasa di Tahun 1, dia masih lagi menggunakan pampers. Tapi mungkin hari ini dia tak guna pampers. Percakapan dia pun tak berapa jelas (Agak slow).

Tapi yg membuatkan saya bangga dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin dengan dia. Bahkan kadang-kadang kawan-kawan dia sanggup tolong dia beratur untuk ambilkan makanan RMT di kantin sekolah. Dia juga seorang yang sangat peramah walaupun dia agak lain daripada murid yang lain. Pendek kata, rakan yang sekelas dengan dia semua memberikan perhatian kepada dia walaupun mereka masih di usia 7 tahun.

Kawan dia itulah yang tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia bila dah siap. Selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang.

“SEBAK PULA BILA TENGOK NI..”

Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa terharu dengan tindakan kanak-kanak tersebut. Ternyata ramai yang memuji cara didikan orang mak ayah mereka dan juga bantuan dari guru-guru sekolah. Memang terbaik!

Sumber: Sylvester Ronny Pulene

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×