Rakyat

Kupas Bawang Kulit Putih Masa Beli, Wanita Dilabel Pentingkan Diri Oleh Netizen

6
SHARES

Seperti biasa, ketika membeli barangan keperluan rumah sudah pastinya kita akan memilih barangan keperluan yang segar. Begitu juga dengan konsep timbang dan bayar, anda perlu memilih dahulu barang yang hendak dibeli dengan sendiri kemudian timbang untuk dapatkan harga.

Namun, berbeza pula dengan perkongsian video di bawah apabila seorang wanita mengupas dahulu kulit bawang sebelum dibeli dan dibiarkan begitu sahaja. Lain macam!

Baca juga: : “Haa Pergilah Situ Ada Hantu!”- Trend Guna Bunyi Pontianak Di Tiktok Boleh Cetus Fobia Anak

KUPAS KULIT BAWANG PUTIH MASA BELI, WANITA DILABEL PENTINGKAN DIRI

Seperti perkongsian @milonurli_ di TikTok yang menerima kecaman orang ramai gara-gara sikapnya yang disifatkan mementingkan diri serta menganiaya pelanggan dan pekerja pasar raya.

Seperti yang dipaparkan dalam video tersebut, wanita berkenaan dilihat mengopek terlbih dahulu labu bawang putih sebelum dimasukkan ke dalam plastik. Mungkin inilah yang dikatakan taktik mahu mengurangkan timbangan berat atau mahu memilih bawang yang tidak rosak.

@milonurli_

Makcik bawang datang lagi 😖

♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK

“JENIS PENTING DIRI WOO…”

Susulan sikapnya itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati, namun dibalas dengan jawapan agak kurang senang dari empunya video. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kesal dengan perbuatan wanita tersebut yang disifatkan sebagai pentingkan diri dan menyusahkan orang. Kita pun kalau pergi ke pasaraya selepas ini, jangan berkelakuan sebegini ya!

Sumber: Tiktok @milonurli_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×