Asuh

Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’

33
SHARES
subjek sejarah

Menjadi perbualan ramai dalam aplikasi X, apabila seorang guru berkongsikan markah kertas peperiksaan pelajar di sebuah sekolah luar bandar yang sangat mengecewakan. Mengejutkan orang ramai adalah, sebanyak 90% pelajar mendapat markah kosong semasa Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi subjek Sejarah!

Berbeza dengan pelajar zaman dahulu yang apabila ditanya mengenai cita-cita, ada yang menyimpan angan-angan tinggi sampai ingin menjadi seorang angkasawan. Namun sekarang tidak lagi kerana ramai yang menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ‘influencer’.

Baca juga: Nak Sambung Belajar Oversea Selepas SPM? Adik-Adik Kena Buat 7 Langkah Ini Untuk ‘Lepas’!

90% PELAJAR DAPAT MARKAH SUBJEK SEJARAH KOSONG

subjek sejarah

Menurut guru berkenaan, markah ini merupakan milik pelajar dari kelas terakhir yang terdiri daripada 32 orang murid. Mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai yang bukan dari zaman Gen Z, ada yang mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan dan berkongsi markah terendah yang pernah diperolehi.

“Zaman aku sekolah dulu, budak paling bengap pun lulus cukup makan tau. Matematik pun dapat 36%. Paling bangsat pun 29%. Ini 0% bhai..” kata Alif Afiq yang berkongsi komen bersama guru ini.

Markah kertas ujian di atas adalah untuk Bahagian B iaitu Struktur dan Esei dan 90% kertas yang dapat semula adalah kosong dan bersih tanpa mencuba untuk meletakkan jawapan. Ada juga yang mencuba dan mendapat markah namun sangat menyedihkan.

Bahkan, guru yang dikenali sebagai The Teh Original di laman X ini turut menggunakan pelbagai ‘method’ mengajar termasuklah lakonan dan kem motivasi setiap bulan untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak zaman sekarang. Bukan itu sahaja, hubungan antara guru bersama murid serta penjaga juga telah dijaga dengan elok supaya dapat memberikan semangat kepada pelbagai pihak.

“DAH TENAT SANGAT NI..”

subjek sejarah

Akhirnya, semua usaha yang disampaikan hanyalah bertepuk sebelah tangan sahaja. Ramai dalam kalangan anak-anak Gen Z lebih berminat dengan dunia di dalam media sosial dan menanam impian menjadi seorang pempengaruh (influencer) gara-gara terlampau ramai yang menunjukkan kesenangan dan kemewahan menjadi seorang influencer.

Tidaklah dikatakan bahawa semua tidak boleh menjadi seorang influencer, namun ketahuilah maksud perkataan tersebut secara mendalam. Untuk mempengaruhi orang lain anda memerlukan ilmu yang tinggi lantas, menjadikan anda seorang influencer berkualiti tinggi dan bukanlah ‘pempengaruh picisan’ yang hanya dikecam sahaja.

*Celik minda, mata dan akal wahai anak muda bahawa setebal mana pun poket yang anda ada dan impikan, ilmu yang penuh di dada tetap akan dipandang tinggi walau ke mana sahaja anda pergi.

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Ertinya: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR Muslim, no. 2699).

Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini

Sumber: X @TheTehOriginal, The Reporter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×