Famili

18 Lokasi Pengaktifan Lorong Smart Lane Di Lebuhraya PLUS Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri

7
SHARES
LOKASI SMART LANE

PLUS Malaysia menerusi laman Facebook rasmi miliknya, ada berkongsi beberapa senarai lokasi Smart Lane sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Jelasnya, tujuan pengaktifan lorong Smart Lane adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas agar perjalanan pulang ke kampung lancar.

Baca juga: Balik Kampung dan Buat Solat Jamak Qasar, Adakah Ia Dikira Tempat Bermukim?

SENARAI 18 LOKASI SMART LANE HARI RAYA AIDILFITRI 2024

LOKASI SMART LANE

Pihak PLUS telah mengambil inisiatif menambah baik laluan SMART LANE, di antaranya adalah pemasangan lampu hijau berkelip untuk menunjukkan pengaktifan laluan SMART LANE dan penambahan papan tanda peringatan di lokasi Smart Lane beroperasi.

Dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), ini merupakan inisiatif untuk menambah kapasiti lorong sedia ada di laluan terbabit serta membantu melancarkan pergerakan trafik yang meningkat ketika waktu puncak sempena musim perayaan.

Sehubungan itu, pengaktifan SMART LANE akan dilaksanakan di lokasi-lokasi seperti di bawah:

1. Sg. Petani (S) – Hentian Sebelah Tikam Batu KM108.0 – KM112.0 (Arah Selatan)

2. Bkt. Tambun (U) – Plaza Tol Juru KM150.4 – KM146.4 (Arah Utara)

3. Bandar Cassia – Hentian Sebelah Sg. Bakap KM155.5 – KM157.2 (Arah Selatan)

4. Gua Tempurung – Gopeng KM303.2 – KM297.0 (Arah Utara)

5. Slim River – Sungkai KM367.3 – KM354.0 (Arah Utara)

6. Sungkai KM354.0 – KM356.0 (Arah Selatan)

7. R&R Rawang – Sg. Buaya KM439.5 – KM435.5 (Arah Utara)

8. Hentian Sebelah Rawang – Persimpangan Rawang KM437.1 – KM443.3 (Arah Selatan)

9. Susur Keluar Petron, NKVE – Subang KM11.2 – KM13.3 (Arah Utara)

10. Setia Alam – Shah Alam KM3.3 – KM9.0 (Arah Utara)

11. OBR USJ – Seafield KM6.1 – KM8.1 (Arah Utara)

12. Nilai – R&R Seremban KM280.0 – KM276.0 (Arah Selatan)

13. Port Dickson – Seremban KM260.0 – KM263.1 (Arah Utara)

14. Ayer Keroh – Hentian Sebelah Kg. Bemban KM194.5 – KM184.0 (Arah Selatan)

15. Kulai – Senai KM27.0 – KM19.0 (Arah Selatan)

16 Senai – Kulai KM19.0 – KM27.0 (Arah Utara)

17. Dato’ Onn – Pasir Gudang KM4.5 – KM1.9 (Arah Selatan)

18. Pandan – Kempas KM0.4 – KM6.0 (Arah Utara)

*Smart Lane akan beroperasi berpandukan jadual yang ditetapkan dan keadaan trafik semasa.

Sila patuhi papan tanda trafik kami ketika berada di lokasi tersebut dan amalkan pemanduan berhemah seperti berikut:

– Patuhi lorong secara konsisten dan elakkan kerap menukar lorong.

– Patuhi had laju dan memberi kerjasama demi menjamin keselamatan kenderaan-kenderaan lain.

– Rancang penukaran lorong dengan berhati-hati apabila menghampiri penghujung laluan SMART LANE.

Muat turun Aplikasi PLUS untuk merancang perjalanan anda menggunakan MyPLUS-TTA untuk perjalanan yang lebih lancar. Pandu cermat dengan mematuhi arahan papan tanda/pengawal trafik di lokasi.

Baca juga: Tips Pilih Kasut Flat Untuk Perempuan, Kena Ikut Bentuk Kaki Baru Lebih Selesa

Sumber: Facebook PLUS Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×