Cara pilih kasut untuk perempuan memainkan peranan penting kerana setiap orang memiliki bentuk kaki yang berbeza-beza. Sekiranya tersalah pilih, ia akan membuatkan anda kurang selesa dan sakit kaki.
Jadi, bagi menentukan jenis kasut ‘flat’ yang sesuai untuk anda, ketahui terlebih dahulu beberapa bentuk kaki seperti perkongsian di bawah ini.
Baca juga: Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit, Jangan Salah Pakai Nanti Tak ‘Cun’!
CARA PILIH KASUT UNTUK PEREMPUAN IKUT BENTUK KAKI
Terdapat 3 jenis bentuk kaki wanita, iaitu:
1. Egypt
Kaki jenis egyption memiliki bentuk runcing di bahagian ibu jari kaki dan diikuti dengan jari lain. Jika anda memiliki bentuk seperti ini, hindari kasut flat jenis tajam di bahagian depan kerana akan membuatkan ia sempit dan menekan jari kaki.
Sebaliknya, pilih bahagian depan kasut yang tidak tajam untuk keselesaan.
2. Roman
Jika anda memiliki ketinggian yang sama untuk ibu jari kaki, jari kedua dan ketiga, ini bermakna bentuk kaki anda adalah jenis Roman.
Kasut yang sesuai digunakan untuk bentuk kaki seperti ini adalah bentuk bulat atau oval di bahagian hadapan.
3. Greek
Seterusnya adalah kaki berbentuk Greek. Jenis ini anda memiliki jari kaki kedua lebih besar berbanding ibu jari. Selain dipanggil Greek, bentuk ini juga dikenali sebagai kaki api.
Pilihan kasut flat adalah perlu runcing di bahagian hadapan agar kaki tidak sakit. Kasut jenis ini dipanggil pointed shoes.
Jadi, pilih kasut yang bersesuaian agar anda selesa sepanjang hari lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Elak Lengan Berjuntai & Kembang, Perunding Imej Ini Kongsi Panduan Pilih Baju Raya
Sumber: Facebook & Pod Expert