Suami Isteri

8 Sebab Kenapa Lelaki Pakai Kondom Masa Hubungan Intim, Katanya Lebih Puas? Wow!

12
SHARES
FUNGSI KONDOM

Kondom adalah sejenis kontraseptif yang digunakan pada kemaluan lelaki ketika melakukan hubungan seksual. Antara fungsi kondom paling biasa kita dengar adalah untuk mencegah kehamilan.

Namun, ada banyak lagi fungsi kondom seperti mampu membuatkan pasangan lebih puas dan tahan lama. Jadi, jangan takut kalau nak pakai kondom ketika hubungan kelamin. Mana tahu isteri lebih suka, kan?

Baca juga: Hukum Suami Paksa Isteri Melakukan Hubungan Intim, Berdosa Ke?

INI FUNGSI KONDOM ANDA KENA TAHU, KATANYA LEBIH PUAS?

FUNGSI KONDOM

1. Kurang rasa bimbang ketika hubungan seks

Penggunaan kondom ketika melakukan hubungan seksual adalah boleh mengurangkan rasa bimbang dan takut. Ini bermakna anda boleh bersetubuh bersama pasangan tanpa memikirkan tentang risiko hamil dan penularan penyakit kerana risikonya adalah rendah.

2. Hubungan seks tahan lebih lama

Hubungan seks yang lama sudah tentunya dapat meningkatkan kemesraan antara suami isteri. Sekiranya si suami terlalu cepat melakukan ejakulasi, ia sudah tentunya akan membuatkan si isteri kurang menikmati seksual tersebut.

Jadi, dengan pemakaian kondom, permainan seksual akan lebih lama dan isteri semakin puas serta hubungan seks lebih berkualiti. Tak percaya? Cubalah!

3. Hubungan seks lebih puas

Sesetengah pasangan suami isteri mungkin lebih suka melalukan hubungan seks dengan memakai kondom. Hal ini kerana, ia dikatakan boleh menambah ‘kenikmatan’ untuk kedua-dua pihak.

Kondom telah dicipta dengan reka bentuk yang sesuai untuk semua bentuk zakar supaya ia mudah digunakan dan dikeluarkan apabila ejakulasi.

Pemilihan kondom yang tepat dan betul berfungsi untuk memberi kenikmatan ketika seks. Jadi, boleh pilih extra thin untuk ‘lebih puas’ dan selesa.

4. Alat cegah hamil yang selamat

Antara sebab lain pemakaian kondom adalah ia merupakan alat cegah hamil yang selamat. Kontraseptif ini secara fizikal dan dipakai terus pada zakar di mana ia tidak menjejaskan keadaan.

Berbeza dengan alat kontrseptif lain seperti pil perancang, suntikan kawalan kelahiran dan lain-lain yang boleh menyebabkan perubahan hormon.

Perubahan hormon boleh mengganggu proses kehamilan dan menghalang sperma mengeluarkan telur yang subur.

5. Lindung penularan penyakit

Fungsi kondom yang seterusnya adalah membantu penularan penyakit melalui hubungan seks seperti jangkitan virus Zika. Virus ini bukan hanya dapat melalui gigitan nyamuk, namun boleh tersebar melalui seks faraj, oral dan dubur.

Jadi, untuk mengurangkan risiko penularan virus Zika adalah dengan menggunakan kondom.

6. Perlindungan ekstra

Selain menggunakan kontraseptif seperti IUD, pil perancang dan lain-lain, pemakaian kondom juga memberi perlindungan ekstra ketika melakukan hubungan seks.

Dengan cara ini, pasangan akan rasa lebih selamat semasa hubungan intim kerana anda memakai kondom.

7. Boleh cegah hamil

Umum mengetahui, penggunaan kondom adalah untuk mencegah hamil. Menurut kajian, pemakaian kondom mampu mencegah hamil sebanyak 98%

Jadi, anda boleh menggunakan kondom jika tidak merancang untuk mempunyai lebih ramai anak dalam masa terdekat.

8. Lindung diri daripada jangkitan seksual

Pemakaian kondom ketika seks boleh melindungi daripada jangkitan seksual gonorea, HIV, klamidia dan lain-lain.

Jadi, tidak salah untuk menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Group Facebook ‘Suami Isteri Terabai 2.0’ Makin Merisaukan, Luahan Dalam ‘Kain’ Pun Ada!

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×