Suami Isteri

Hukum Suami Paksa Isteri Melakukan Hubungan Intim, Berdosa Ke?

2
SHARES
HUKUM SUAMI PAKSA BERSETUBUH

Antara kunci rumah tangga bahagia adalah dengan melakukan hubungan intim. Namun, anda perlu tahu hukum suami paksa bersetubuh jika isteri tidak rela.

Hal ini kerana masih ada lagi yang belum tahu dan memaksa isteri melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan. Jadi, sebelum melakukan sesuatu perkara, baca penjelasan ini dahulu.

Baca juga: Bacaan Doa Waktu Pagi Dalam Rumi, InsyaAllah Rezeki Masuk & Mudah Segala Urusan

HUKUM SUAMI PAKSA BERSETUBUH, JANGAN AMBIL RINGAN

HUKUM SUAMI PAKSA BERSETUBUH

Rasulullah SAW bersadba:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Jangan sekali-kali seseorang di antara kamu mencampuri isteri seperti bercampurnya binatang. Tetapi, hendaklah ada pengantarnya (ciuman dan perkataan).”

Jelas di atas menunjukkan bahawa untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan perlu ada ‘pembuka’ agar si isteri tidak rasa terpaksa dan gembira dengan perbuatan itu.

Jika seorang suami bertindak dengan memaksa dan menggunakan kekerasan untuk melakukan hubungan intim, maka hukumnya adalah berdosa. Si isteri berhak menolak ajakan suami demi mendapatkan keadilan untuk diri sendiri agar tidak disakiti.

Walau bagaimanapun, sekiranya hubungan tersebut tidak dipaksa, maka si isteri wajib memenuhi keinginan suami dan tidak boleh menolaknya.

Dalam Islam, hubungan seksual antara suami isteri perlulah dilakukan dengan penuh rasa cinta dan tidak dipaksa. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT. Selain itu, adab bersetubuh antara suami isteri perlu diambil berat agar mendapat keberkatan dalam hubungan rumah tangga.

Kesimpulannya, sebagai seorang suami, anda perlulah mengajak isteri dengan perkataan dan perbuatan manis dan baik agar isteri mahu melakukan hubungan intim secara rela.

Suami tidak boleh memaksa atau memarahi isteri sekiranya permintaan itu ditolak. Namun sebagai isteri solehah hubungan antara suami isteri perlu dilakukan agar kekal bahagia.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Menyesal Dengan Dosa Lampau, Ini Cara Mandi Taubat Dan Niat, Jom Amalkan

Sumber: Dalam Islam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×