Buat pasangan suami isteri di luar sana, sekiranya anda inginkan tips tahan lama ketika bersama, ini adalah artikel paling tepat untuk dibaca.
Menerusi perkongsian seorang lelaki bernama Wak Ali Mudim di laman Facebooknya, empat bahan semula jadi ini boleh membuatkan nafsu syahwat suami lebih tinggi dan luar biasa! Aum….
Baca juga: Ketahui 8 Jenis Klimaks Wanita Ketika Hubungan Sek*, Suami Jangan Syok Sendiri!
TIPS TAHAN LAMA KETIKA BERSAMA ISTERI, CUBALAH
Saya ada satu ilmu yang ingin dikongsikan supaya para suami di luar sana tak ‘kalah’ awal ketika berada di ranjang bersama isteri.
Jangan ambil ringan dan remeh perkara ini kerana jika dibiarkan akan menybebakan isteri kecewa bahkan ada yang bercerai.
Jadi, amalkan 4 bahan utama perkongsian ini kerana ia boleh membantu menaikkan hormon lelaki supaya lebih bertenaga dan membuka saluran yang tersumbat.
Bahan-bahan:
- Tongkat ali
- Ubi jaga
- Daun tunjuk langit
- Kunyit hitam
Cara penyediaan:
1. Hiris halus bahan di atas dan jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.
2. Kemudian, setelah kering, kisar halus semua bahan menggunakan mesin pengisar.
3. Masukkan semua bahan tersebut ke dalam bekas kedap udara supaya tahan lama dan tidak cepat rosak.
Petua ini boleh dimakan 1 sudu selang empat hari. Khasiatnya sudah pasti akan membuatkan isteri lebih puas kerana suami tahan lama.
Kebahagiaan antara suami isteri mesti kena cemerlang bab ini juga. Tidak salah untuk mencuba ikhtiar yang dikongsikan agar rumah tangga kekal bahagia. InsyaAllah!
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua. Jangan lupa cuba ya!
Baca juga: Nak Rezeki Datang Mencurah-Curah & Tak Sempit, Suami Jangan Abaikan 10 Perkara Ini
Sumber: Facebook Wak Ali Mudim