DIY & Kraf

Sebelum Guna Lesung Batu Baharu, Cuci Dulu Macam Ini…Confirm Bersih & Tak Ada Debu

4
SHARES
CUCI LESUNG BATU BARU

Penggunaan lesung batu masih lagi menjadi pilihan orang ramai walaupun sudah ada mesin pengisar di rumah. Buat anda yang belum tahu, sebenarnya terdapat beberapa cara cuci lesung batu baru supaya tiada sebarang debu dan kotoran melekat pada makanan.

Mencuci lesung batu baru menggunakan air sahaja tidak cukup kerana debu masih ada di situ dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Baca juga: Cara Berkesan Elak Serangga Perosak Tanaman, Baru Daun Tak Berlubang & Pokok Sihat

CARA CUCI LESUNG BATU BARU, TAK ADA DEBU & KOTORAN

CUCI LESUNG BATU BARU

Jadi, ikuti perkongsian lengkap cara cuci lesung batu baru seperti di bawah.

1. Cuci lesung batu di bawah air mengalir dan berus sehingga bersih.

2. Seterusnya, biarkan sehingga lesung batu kering dan tumbuk garam supaya semua kotoran dan debu melekat.

3. Kemudian cuci bersih garam tersebut dan tumbuk kunyit hidup sehingga hancur serta lumat. Kunyit memiliki sifat anti bakteria yang mampu melawan sebarang kuman.

4. Selepas itu, bagi memastikan tiada lagi kotoran di lesung batu itu, anda boleh menumbuk sedikit nasi sehingga lumat.

5. Apabila sudah lumat, basuh bersih lesung batu dan tuangkan sedikit minyak masak.

6. Biarkan selama 15 minit dan basuh sehingga bersih serta kering.

Lesung batu baru selamat dan sedia untuk digunakan selepas anda melakukan semua langkah di atas.

Perlu diingatkan agar menyimpan lesung batu di tempat yang betul bagi mengelakkan pertumbuhan kulat.

Semoga bermanfaat!

VIDEO PENUH:

@merdagustina1

Deep cleaning cobek baru karna memang susah banget sekarang nyari cobek yg bener2 batu asli dan bedain nya.. Ini langkah2 buat memastikan batu cobek kita bener2 aman digunakan ya guys Semoga bermanfaat 😊.. #tips

♬ original sound – Riyandi Kusuma – Riyandi Kusuma

Baca juga: Guna 1 Bahan Rahsia Ini Untuk Toilet Kekal Berkilat, Tak Payah Guna Pencuci Tandas Pun!

Sumber: TikTok Merda Gustina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×