Kehadiran serangga di tanaman sudah tentunya akan membuatkan anda pening kepala kerana mengakibatkan pokok rosak. Kejadian ini boleh dielakkan berlaku dengan menggunakan cara cegah serangga perosak tanaman seperti yang dikongsikan oleh pemuda bernama Tariq Syahman.
Jelasnya di laman Facebook, ada beberapa perkara perlu dititikberatkan jika mahu tanaman kekal subur dan tidak mudah diserang serangga. Jom baca!
Baca juga: Cara Semai Biji Betik Dengan Teknik Betul, Kalau Salah Nanti Tak Berbuah Lebat!
CARA CEGAH SERANGGA PEROSAK TANAMAN, MUDAH JE
1. Benda paling penting kita kena faham, bila tanam pokok yang jadi makanan dia, serangga akan automatik datang.
2. Pokok yang sihat – dia macam ada pelindungan sekeliling dia. Serangga tak akan suka-suka hati datang makan. Penyakit pun susah nak hinggap.
3. Jadi, benda paling penting adalah pastikan pokok sihat dulu. Air, cahaya dan baja mesti cukup. Kalau dia tak sesuai duduk dekat tempat redup, ubah ke tempat yang lebih cerah. Kalau tak sesuai kawasan lembab, ubah ke kawasan lebih kering.
4. Untuk serangga macam mealybugs (koya) atau aphids (kutu daun), saya lebih suka picit kalau terjumpa. Kalau banyak sangat, terus trim daun yang dia duduk tu, buang jauh-jauh. Bakar lagi bagus.
5. Untuk serangga yang besar tak tak terbang contohnya kesing dan kumbang, saya suka spray air sabun. 1 sudu pencuci pinggan + air paip 1 liter, masukkan dalam spray dan tembak ke arahnya.
6. Larutan air sabun ini berkesan untuk macam-macam serangga. Lipas pun mati kalau kena air sabun. Cuma kita nak kena tembak dia bagi kena lah. Kalau macam belalang susah sikit sebab melompat-lompat.
7. Ada yang suka guna spray campur bawang putih dan cili tu. Bagi saya, ia kurang berkesan. Saya pernah try tapi saya lebih prefer air sabun.
8. Untuk serangga perosak yang kita tak nampak dan suka bersembunyi, contohnya anak belalang dan ulat-ulat, barulah saya guna semburan racun organik.
9. Semburan yang organic based ni memang selamat untuk manusia & pets. Dia beracun untuk serangga saja. Lagi satu, dia tak bertindak sepantas kilat. Kalau spray dekat serangga, ambik masa untuk serangga mati.
10. Spray-spray ini semua selalunya bertindak sebagai deterrent. Maknanya dia menghalang/menghindar serangga.
Jaga pokok bagi sihat, InsyaAllah tak perlu risau sangat pasal serangan serangga perosak.
Semoga artikel ini memberi manfaat!
Baca juga: Jangan Stres-Stres Rumput Liar Makin Tinggi, Guna Je Bahan Yang Ada Di Rumah Ini
Sumber: Facebook Tariq Syahman