DIY & Kraf

Cara Semai Biji Betik Dengan Teknik Betul, Kalau Salah Nanti Tak Berbuah Lebat!

663
SHARES
CARA TANAM POKOK BETIK

Cara tanam pokok betik perlulah menggunakan teknik yang betul supaya berbuah lebat dan tak cepat mati. Kalau nak cuba tanam sendiri betik di rumah, boleh ikut perkongsian Zaiton Hamid di bawah.

Menurutnya, ada beberapa tips penting perlu diketahui dan dibaca sebelum memulakan tanaman. Bukan mudah nak tanam pokok, kena ada ilmu dulu.

Baca juga: 6 Tips Pilih Tembikai Susu Yang Manis & Banyak Air, Baru Duit Tak Melayang

CARA TANAM POKOK BETIK DENGAN BETUL, INI TIPSNYA

CARA TANAM POKOK BETIK

Kredit: Plantura Magazine

Cara semaian biji betik: 

1. Rendam biji betik dalam air suam lebih kurang 3 jam dan jemur di tengah panas hingga kering.

2. Setelah kering, taburkan biji tersebut di tapak semaian.

3. Siram 2 kali sehari untuk proses penumbuhannya. Tunggu sehingga anak pokok tumbuh.

Untuk pilih benih betina, pastikan anda:

– Rendam biji betik yang baru diambil daripada buah ke dalam gelas yang berisi air.

– Kacau-kacau dan buang biji yang terapung kerana biji yang terapung itu jantan.

– Ambil biji yang tenggelam dan keringkan bawah panas matahari.

– Biji yang dah kering lebih cepat bercambah daripada biji yang basah kerana gel pelindung yang ada dekat keliling biji menghalang daripada biji untuk. bercambah

Cara penanaman anak pokok:

1. Pindahkan anak pokok ke tempat yang sesuai.

2. Pastikan menanam anak pokok betina untuk mendapatkan buah. Jika tanam anak pokok jantan maka bunga sahaja yang akan keluar buah tidak ada.

3. Untuk membezakan anak pokok jantan atau betina lihat pada akarnya.

– Akar memanjang ke bawah jantan (tak payah tanam nanti takdak buah)

– Akar berselerak betina (tanam dan tunggu hasilnya)

4. Pokok betik perlukan banyak air untuk proses tumbesarannya,maka siram 2 kali sehari dan pastikan jangan sampai air bertakung nanti pokok mati.

5. Kalau nak betik berbuah rendah, tanam batang pokok itu semuanya dalam tanah masa nak tanam nanti. Biar tinggal sedikit sahaja batang bahagian batang atas.

Mudah kan? Selamat bercucuk tanam dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Air Baja Guna Kulit Tembikai, Confirm Tanaman Lebih Subur & Elok Kejadiannya!

Sumber: Facebook Zaiton Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×