Dapur

Udang Kering Buat Sendiri Macam Ini Lebih Puas Hati, Confirm Bersih Dan Sedap!

55
SHARES
UDANG KERING HALUS

Sesetengah orang lebih memilih untuk membuat udang kering halus sendiri berbanding beli di kedai. Ini kerana kebersihannya lebih terjamin dan tidak meragukan.

Seperti perkongsian Faizah Husain di laman media sosialnya, pembuatan udang kering halus ini sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Jom baca!

Baca juga: Ibu Kongsi Tips Simpan Lauk Frozen, Barulah Kekal Sedap & Tahan Lama!

CARA BUAT SENDIRI UDANG KERING HALUS, MUDAH JE

UDANG KERING HALUS

Kalau nak dikira berbaloi atau tidak buat sendiri saya rasa berbaloi. Walaupun sekilo udang bila dah dikeringkan hanya tinggal 200gm tapi di pasaran harga 200gm pun 20 ringgit. Saya beli udang basah ini RM8 sahaja.

Sebenarnya lebih kepada kepuasan bila kita boleh buat sendiri. Pembuatan yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.

Cara-caranya adalah:

1. Cuci bersih sekilo udang merah kulit keras. Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya adalah untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood.

2. Bila dah siap bersihkan, letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.

3. Kemudian masukkan sesudu garam kasar. Garam ini berfungsi supaya udang tidak busuk.

4. Rebus sehingga air udang kering. Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan disangai.

5. Jemur udang di bawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung masukkan udang dalam oven. Gunakan suhu tak lebih 100. Akan mengambil masa mungkin lebih sejam untuk betul-betul kering. Nak bakar pun boleh cuma takut dalam tak masak.

6. Masukkan udang dalam plastik. Saya lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di lantai/meja. Keluarkan dari dalam plastik tampi.

Inilah hasil kejadiannya. Udang kering buat sendiri. Bila dah bersih ni asyik masuk mulut sahaja. Sedap sangat!

Dijamin halal dan bersih. Selamat mencuba!

Baca juga: Ada Banyak Cara Nak Hilangkan Gatal & Miang Sayur Keladi, Confirm Tak ‘Menggaru’ Dah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×