Dapur

Ibu Kongsi Tips Simpan Lauk Frozen, Barulah Kekal Sedap & Tahan Lama!

64
SHARES
lauk frozen

Bergelar ibu dan bekerja bukanlah satu perkara mudah. Antara cabaranya adalah kekangan masa menyediakan makanan untuk seisi keluarga. Jadi jalan penyelesaiannya adalah menyediakan lauk frozen seperti dilakukan oleh Puan Salwa Abu Bakar ini.

Jelasnya, rutin ini akan dilakukan ketika weekend setiap 2 minggu sekali untuk memasak lauk frozen. Walaupun mengambil masa 3 jam lebih di dapur tetapi hasilnya memang puas hati.

Baca juga: Minum Air Suam Dengan Secubit Garam Tiap Hari Banyak Khasiat Tersembunyi Rupanya

IBU KONGSI CARA SIMPAN LAUK FROZEN, JIMAT MASA

lauk frozen

Ini antara sebab saya beli 6 burner dapur gas sebab boleh masak serentak beberapa periuk dan kuali. Kalau dulu guna yang kacau sangat risau bila guna lama sebab terlalu panas.

Menu kali ini:

Ini cara orang malas tapi nak makan home cook food. Kalau tak buat macam ni, hari bekerja mesti bungkus sahaja. Lauk ini digunakan juga untuk bekal lunch.

Jadi pagi-pagi tinggal kelam kabut untuk breakfast dan bekal morning break sahaja.

Di bawah ini saya kongsikan cara simpan lauk frozen:

1. Masak menu yang diinginkan seperti biasa. Kemudian biarkan sehingga sejuk.

2. Bila dah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara dan bekukan.

3. Pastikan simpan dalam bekas untuk sekali makan. 1 bekas untuk 1 portion. Macam kami, ada satu bekas untuk 1 portion seisi keluarga dan ada 1 bekas untuk 1 portion individu (ini untuk bekal lunch biasanya). Penting buat macam ini sebab tak nak panaskan semula banyak kali nanti.

4. Bila nak makan boleh panaskan. Kami biasanya guna steamer nak panaskan.

5. Lauk yang tak habis elakkan dibekukan semula.

Paling penting, nak frozenkan lauk, bukan frozenkan lebihan. Kiranya kalau nak makan lauk sama dengan lauk yang nak dibekukan, lepas masak terus asingkan untuk sejukkan dan hidang yang selebihnya itu. Jangan biar makanan lama di luar sebelum dibekukan.

BERAPA LAMA TAHAN?

lauk frozen

Kalau freezer yang elok, berbulan pun ok. Tapi biasanya kami akan habiskan lauk frozen ini dalam masa 3 minggu maksimum dari tarikh masak. Sentiasa amalkan first in first out sekiranya kerap restock lauk frozen.

Mungkin akan ada yang kata tak bagus makan lauk frozen. Tapi bagi kami, lebih bagus makan lauk frozen daripada beli di luar yang belum tentu bukan lauk frozen dan tak tahu cara pengendaliannya.

Nak masak hari-hari, belum berkemampuan nak buat. Mungkin satu hari nanti bila dah jadi suri rumah.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Awet Muda, Tiap Hari Benamkan Bawang Putih Dalam Nasi

Sumber: Facebook Salwa Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×