Dapur

Cara Paling Mudah Simpan Daun Kari, Tahan Berbulan-Bulan & Tetap Wangi!

2.6K
SHARES
CARA SIMPAN DAUN KARI

Kalau anda nak tahu, terdapat satu cara simpan daun kari paling mudah untuk dicuba. Tips ini hanya menggunakan botol dan daun kari akan kekal segar sehingga berbulan-bulan.

Bukan hanya daun kari sahaja, daun limau purut dan daun sup juga boleh disimpan seperti perkongsian Cik Rain di laman Facebooknya. Jom cuba!

Baca juga: Ini ‘Rahsia’ Cara Simpan Susu Cair Yang Sudah Dibuka, Boleh Tahan Berbulan

CARA SIMPAN DAUN KARI LEBIH TAHAN LAMA, MUDAH JE!

CARA SIMPAN DAUN KARI

Cara-caranya adalah:

1. Cuci daun kari sehingga bersih.

2. Kemudiam, lap menggunakan tisu sehingga kering.

3. Balut dengan surat khabar dan masukkan ke dalam peti ais. Biarkan sehingga seminggu.

4. Selepas seminggu, baru buka surat khabar dan masukkan daun kari yang sudah kering ke dalam botol.

5. Kalau nak masak, hanya masukkan ke dalam masakan dan daun akan kembali segar.

6. Boleh guna apa jenis botol tetapi pastikan cuci sehingga bersih terlebih dahulu.

Mudah kan? Tak perlu pening kepala kalau daun kari dah habis.

Buat anda yang tak tahu, antara khasiat daun kari adalah:

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Simpan Daun Ketumbar Tanpa Bekukan, Memang Segar Berminggu-Minggu!

Sumber: Facebook Cik Rain & Medicover Hospital

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×