Penggunaan bunga cengkih untuk menghalau semut merupakan kaedah yang sudah popular. Namun, tahukah anda ia juga boleh digantikan dengan daun kari yang segar. Cara halau semut yang ini ternyata berkesan seperti di perkongsian video seorang pengguna Instagram, sekiranya tiada bunga cengkih di rumah anda.
Secara tidak langsung, kaedah ini tidak menyakiti serangga tersebut. Memang berdesup laju larinya!
Baca juga: Tak Perlu Rendam Berejam, 15 Minit Je Sayur Layu Terus Berubah Segar Dengan Tips Ini!
CARA HALAU SEMUT MENGGUNAKAN DAUN KARI
Melalui perkongsian Ummu Balqis Haura di Instagramnya, daun kari mengandungi sebatian kimia seperti limonene, pinene dan linalool yang mempunyai aroma yang kuat.
Sekali gus, ia boleh mengganggu sistem penciuman semut dan menjauhkan serangga tersebut dari kawasan yang terjejas.
Penyediaan cara menghalau semut yang berkerumun:
- Sediakan sebuah pinggan.
- Taburkan gula yang bersemut ke atas pinggan tersebut.
- Kemudian, letakkan beberapa helai daun kari di atas pinggan dan di luar sekelilingnya.
Biarkan ia dan anda akan dapat lihat, semut-semut tadi lari berkeliaran menjauhi pinggan berisi gula itu.
Baca juga: Petua Lenyapkan Kayap, Guna Getah Tandan Pisang Jenis Ini Yang Masih Tergantung!
Baca juga: Resipi Wantan Set Lengkap, Rupa Je Kompleks Tapi Mudah Sangat Nak Buat!
Boleh juga semburan air daun kari
Tambah Ummu lagi, selain meletakkan daun kari di atas kawasan yang banyak semut, anda juga boleh menggunakan rebusan air daun kari dan terus sembur sahaja.
Guna daun kari yang segar sahaja
Ummu mengingatkan juga, daun kari yang digunakan haruslah dalam keadaan segar. Hal ini kerana, daun kari yang sudah layu atau kering keberkesanannya agak berkurang disebabkan aroma kari tersebut sudah tidak kuat.
Baca juga: Petua Cepat Hilang Lendir Siput Sedut, Bila Makan Gulai Baru Rasa ‘Best’!
Sumber: Instagram @ummubalqishaura
FT Image: Ummu Balqis Haura