Selain merendam sayur-sayuran hijau yang layu di dalam rendaman ais batu selama 3 jam, ada lagi cara yang lebih cepat anda boleh cuba lakukan. Melalui perkongsian Ummu Balqis Haura di Instagramnya, kaedah merendam yang digunakan untuk menyegarkan sayur layu ini hanya makan masa beberapa minit sahaja.
Di samping itu, perahan air lemon atau limau nipis merupakan bahan penting yang digunakan di dalam kaedah ini dan ada sebab kukuh disebaliknya. Nak tahu cara dan sebabnya, jom tatal artikel ini sampai habis.
Baca juga: Resipi Wantan Set Lengkap, Rupa Je Kompleks Tapi Mudah Sangat Nak Buat!
SAYUR-SAYURAN HIJAU YANG LAYU
Ummu di ruangan kapsyen menjelaskan, mencampurkan air perahan lemon dan ais batu ke dalam air rendaman sayur yang layu adalah cara untuk menyegarkan kembali sayuran.
Hal ini kerana, terdapat beberapa manfaatnya:
- Asid daripada lemon, membantu mempercepatkan penyerapan air oleh sayur-sayuran supaya ia menjadi lebih segar. Lemon juga memberikan aroma segar yang boleh menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dari sayur-sayuran yang telah layu.
- Suhu sejuk ketulan ais membantu menyegarkan sayur-sayuran dengan cepat, menjadikannya rangup dan segar semula. Ketulan ais juga membantu mengekalkan kelembapan sayur-sayuran, supaya ia kekal segar lebih lama selepas direndam.
Baca juga: Petua Cepat Hilang Lendir Siput Sedut, Bila Makan Gulai Baru Rasa ‘Best’!
Baca juga: Tips Mudah Pilih Timun Rangup, Salah Pilih Boleh Rasa Pahit & Kurang ‘Juicy’!
Bahan-bahan dan cara-caranya:
- 1 sudu air perahan lemon / limau nipis
- Ais batu
- Air paip biasa
- Mula-mula potong kecil sayur hijau yang layu itu.
- Masukkan ke dalam bekas berisi air biasa.
- Kemudian, masukkan beberapa ketulan ais batu.
- Juga, perahan air lemon dan gaulkan kesemuanya perlahan-lahan.
- Biarkan sayur hijau terendam di dalam campuran air tersebut selama 10 hingga ke 15 minit.
- Setelah itu, tapiskan sayur tadi dan bilas hingga bersih.
Hasilnya, akan dapat dilihat selepas itu. Di mana, sayur yang layu tadi berubah menjadi segar seperti baru dipetik. Bolehlah masak sayur-sayuran hijau tadi dengan menu kegemaran anda!
Lihat siaran ini di Instagram
Baca juga: Rahsia Cucur Udang Rangup & Tak Serap Minyak, Baru Tak ‘Berlemuih’ Mulut!
Sumber: Instagram @ummubalqishaura
FT Image: Ummu Balqis Haura