Dapur

‘Trick’ Terung Goreng Berlada Warna Kekal Tak Pucat Lembik, Baru Nampak Menyelerakan!

35
SHARES
terung goreng berlada

Terung goreng berlada merupakan antara menu masakan bersumberkan sayur terung yang mudah dimasak. Selain menggunakan empat bahan asas dalam membuat hidangan goreng sambal berlada, proses memasaknya juga tidak renyah.

Namun, ada kalanya terung yang digoreng bertukar warna pucat dan terlalu lembik sehinga visualnya kelihatan kurang menarik. Kalau nak tahu, sebenarnya terdapat trick‘ yang mudah untuk mengekalkan warna ungu terung yang asli. Jom lihat perkongsian tips Puan Arieza Rieza di bawah.

Baca juga: Resepi Roti Sarang Burung Cheese Padu & Kaya Keju, Menu ‘Breakfast’ Ekspres!

TERUNG GORENG BERLADA

terung goreng berlada

Gambar: Arieza Rieza

Terung goreng berlada pedas-pedas. Ramai yang minta resipi, saya ‘up’ kan resipi.

Tips nak kekalkan warna ungu:

Masa menggoreng terung pastikan kulit terung yang warna ungu (purple) ada di atas, biar bahagian bawah sahaja kena minyak.

Baca juga: Resepi Onde-Onde Labu Kuning Yang Unik & Sedap, 5 Bahan Je Rugi Tak Cuba!

RESIPI TERUNG GORENG BERLADA

Bahan A:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Cili besar

Tumbuk bahan A dan anggaran bahan ikut anda suka nak letak banyak mana.

Bahan B:

  • Terung ikut saiz  dan goreng dulu
  • Ikan bilis kecil sedikit

Baca juga: 6 Tips Beli Buah Nanas Yang Elok & Manis, Kena Pandai Pilih Baru Tak Menyesal!

Cara memasak:

  1. Mula-mula, potong terung ikut saiz  bersesuaian dan goreng dalam minyak panas.
  2. Apabila dah masak, angkat terung keluar.
  3. Minyak lebihan goreng terung tadi, kemudiannya digunakan untuk menggoreng ikan bilis pula.
  4. Bila dah garing masukkan bahan ditumbuk.
  5. Kemudian masukkan air garam perasa dan gula.
  6. Kacau-kacau sekejap, lepas itu masukkan terung.
  7. Gaul rata dan dah siap!

Baca juga: Resepi Cucur Jagung Isi Dalamnya Gebu & Lembut, Tetapi Kulit ‘Maintain’ Rangup Di Luar!

Sumber: Arieza Rieza via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Arieza Rieza / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×