Asuh

Resepi Kerepek Terung Rangup, Kudapan Untuk Ajar Anak Minat Makan Sayur

37
SHARES

Pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa untuk mengajar anak makan sayur-sayuran. Hal ini kerana, bukan senang nak ajar anak makanan berkhasiat tersebut. Maka, tidak hairanlah jika ada dalam kalangan ibu bapa yang mencari idea untuk menghasilkan makanan yang menarik minat anak.

Antaranya, resepi Kerepek Terung yang dibuat oleh saudara Wan Muhammad Hafiz Satar. Menurutnya, kerepek terung ini dijadikan sebagai kudap-kudapan untuk anak-anaknya dan tidak sangka ia berjaya menarik minat mereka untuk menikmatinya.

Baca juga: Rahsia ‘Masak’ Air Teh Tarik Kaw Sedap, Rupanya Kena Guna Bahan Ini Selain Teh & Susu!

ANAK JADI TERTARIK, SEKEJAP SAJA KUDAPAN HABIS!

Bila tengok bekal anak pepagi, ramai juga yang tanya baba macam mana baba ajar anak makan sayur. Sebenarnya bebudak ini dari kecil lagi baba ajar makan sayur dan salah satunya buat kudap-kudapan.

Diorang dengan bahan berasaskan sayur macam untuk makan petang hari ini baba buatkan KEREPEK TERUNG. Memang sedap rangup-rangup. Sekejap saja habis hehehe.

Cara nak buat senang saja. Pastikan terung yang keras, yang lembik tak jadi ya.

RESEPI KEREPEK TERUNG RANGUP & PEDAS BOLEH ADJUST

BAHAN-BAHAN:

  • Terung
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Tepung jagung
  • Serbuk Cili (pilihan)

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Hanya potong terung nipis-nipis.

2. Kemudian tabur garam dan serbuk kunyit. Gaul-gaulkan bersama.

3. Selepas itu, tabur tepung jagung bagi dia bersalut dengan terung tadi.

4. Nak pedas saya tabur serbuk cili.

5. Terakhir, bolehlah goreng.

*Tepung tidak perlu bancuh air. Tabur saja, sebab nanti air yang ada pada terung akan lekatkan tepung tadi.

Kalau ada tepung bestari lagi sedap! Tak payah dah garam, serbuk kunyit dan tepung jagung tu.

Sumber: Facebook Wan Muhammad Hafiz Satar via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×